Sunday, October 25, 2020

[Video] Zahid Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Nahas MPV

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebentar tadi menyampaikannya ucapan takziah beliau kepada keluarga mantan JR UMNO Malaysia yang terkorban dalam nahas MPV bersama 6 ahli keluarganya yang lain di Ipoh semalam.

“Innalillahi wainnailaihirojiun. Sangat sedih mendengar berita ini. Parti kehilangan seorang pejuang yang setia”, kata Zahid dipetik dari laman Facebooknya.

“Saya dan seluruh keluarga UMNO merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Fatimah Mat Isa, mantan JR Wanita UMNO Malaysia dan ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan itu”.

Tambah Zahid lagi, “Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan menempatkan mereka dalam kalangan golongan beriman dan beramal soleh”.

Selain Fatimah, 68 tahun, 6 lagi yang terkorban dalam kemalangan yang melibatkan sebuah MPV dengan 10 penumpang dan trailer itu ialah pemandu MPV, Mohd Zairul Mat Isa, 34; isterinya, Nuratiqah Abd Hamid, 30 dan anak bongsu mereka, Nur Qaseh Damia Mohd Zairul, 4 tahun.

Allahyarham Zairul dipercayai adalah anak kepada Fatimah.

Tiga yang lain ialah dari keluarga sepupunya, Zulkifli Shuib, 49 dan isterinya, Hasliza Mahmud, 40 dan anaknya, Mohd Alif Firdaus, 3 tahun.

Tiga mangsa terselamat adalah Muhammad Haziq Zikri Mohd Zairul, 9 tahun yang dilaporkan patah tangan kanan manakala dua beradik iaitu anak kepada Hasliza, Firash Mikhael Azrie Syah, 11, dan abangnya yang dikenali sebagai Apit berusia 16 tahun.

Kesemua mereka ditempatkan di zon merah Hospital Raja Permaisuri Bainun akibat cedera parah – Sinar Harian

Berita berkaitan

Zahid Hamidi Rasa UMNO Dikhianati – Sumber

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran kepada wakil-wakil BN dalam perundingan iaitu Datuk Seri Bung...

Zahid yakin Umno masih dirindui di Sabah

Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya parti iyu masih relevan di Sabah. Jelasnya, walaupun terdapat wakil rakyatnya pernah...

Buat persiapan sambut pelajar, guru maut terjatuh dari balkoni bangunan sekolah

HASRAT murni seorang guru lelaki yang membuat persiapan sempena pembukaan semula sekolah pada Rabu berakir dengan tragedi apabila dia...

BN masih relevan menang PRK Chini, kata Zahid

Kemenangan enam kali dalam pilihan raya kecil (PRK) termasuk yang terbaru di PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini malam...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...