YouTube, Gmail, dan lain-lain Perkhidmatan Google alami gangguan hampir sejam

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

New York: Kumpulan aplikasi milik Google dilaporkan mengalami gangguan dan menjejaskan ribuan pengguna di seluruh dunia.

Antara aplikasi yang terganggu itu termasuk Gmail, Google Drive, Google Spreadsheet dan YouTube serta mesin carian utama.

Laman web pengesan gangguan, DownDetecter mencatat puluhan ribu pengguna dilaporkan masalah dengan pada 7:55 petang hari ini.

Masalah itu dilaporkan menjejaskan pengguna terutamanya di Eropah dan juga Australia, pantai timur AS dan sebahagian Afrika, Amerika Selatan serta Asia.

Laman web Google adalah yang paling popular di dunia, dengan laman streaming video YouTube dikunjungi oleh lebih daripada dua bilion orang setiap bulan.

Tidak seperti firma teknologi lain seperti Facebook, gangguan dilaporkan jarang berlaku di Google.

Menjelang 8:33 malam ini, terdapat lebih daripada 50,000 aduan untuk YouTube sahaja, dengan separuh (49 peratus) mengenai masalah dengan laman web dan 43 peratus berkaitan dengan masalah menonton video.

Gmail mempunyai 23,000 aduan sebelum tengah hari ini dan laman utama Google menerima 19,000 aduan.

Sebanyak 81 peratus dan 91 peratus masalah dengan laman web ini, masing-masing berkaitan dengan log masuk, menurut DownDetector.

Selain itu, laman web lain yang turut terjejas termasuk Google Meet, Hangouts dan Play Store serta permainan Pokemon Go yang dijanakan oleh Niantic, syarikat milik Google.

Perkhidmatan pulih sepenuhnya menjelan jam 8:52 malam.

spot_img