YDP Agong Tolak Darurat, Shahrir Sindir Muhyiddin

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengalami kekalahan moral apabila nasihatnya ditolak Yang di- Pertuan Agong, kata veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad.

Shahrir turut mempersoalkan apa yang akan terjadi kepada negara apabila kerajaan dipimpin seorang Perdana Menteri yang ‘nasihat’ diberikannya ditolak Ketua Negara.

Beliau berkata, walaupun ditemani oleh Menteri Kanan, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera namun masih tidak dapat meyakinkan Ketua Negara yang merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong.

“TS Muhyidin mengalami kekalahan moral. Yang di-Pertuan Agong lebih bijaksana!,” katanya.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada titah Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan pengisytiharan darurat dibuat bagi menangani wabak Covid-19.

Perdana Menteri pada 23 Oktober lalu menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdul Aziz, Pahang, dengan mempersembahkan permohonan pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan untuk memerangi ancaman wabak Covid-19 di negara ini.

spot_img