Monday, April 12, 2021
Spread the love

Virus baru serang China ditemui di Thailand

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan kes pertama virus baru daripada kumpulan yang sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dikesan di Thailand, di sebalik wabak pneumonia di China.

Agensi kesihatan PBB berkata seseorang yang melawat Wuhan, China, dimasukkan ke hospital di Thailand pada 8 Januari setelah didiagnosis dengan pneumonia ringan.

“Ujian makmal kemudiannya mengesahkan koronavirus sebagai punca,” kata jurucakap WHO, Tarik Jasarevic kepada AFP menerusi e-mel, merujuk kepada virus baru di Thailand itu.

WHO berkata ia mungkin akan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung penyebaran virus baru itu.

Kes ini menandakan wabak pertama di luar China, di mana 41 orang yang mempunyai gejala seperti pneumonia setakat ini didiagnosis dengan virus baru itu di pusat bandar Wuhan, dengan salah seorang mangsa meninggal dunia Khamis lalu.

Episod itu menyebabkan kebimbangan terhadap SARS yang mengorbankan 349 orang di tanah besar China dan 299 lagi di Hong Kong pada 2002-2003.

WHO mengesahkan wabak di China itu disebabkan oleh koronavirus yang tidak diketahui sebelum ini, sebahagian daripada kumpulan luas virus yang boleh menyebabkan selesema biasa hinggalah penyakit yang lebih serius seperti SARS.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -