Sunday, October 25, 2020

[Video] Trump tandatangani perintah eksekutif larangan transaksi TikTok, WeChat

WASHINGTON ― Presiden Donald Trump pada Khamis  menandatangani dua perintah eksekutif melarang sebarang transaksi oleh syarikat dan penduduk Amerika Syarikat (AS) untuk aplikasi media sosial TikTok serta WeChat, bermula 20 September, lapor Agensi Anadolu.

“Penyebaran aplikasi mudah alih di AS, khususnya, yang dibangunkan dan dimiliki syarikat China, terus mengancam keamanan negara, dasar luar serta ekonomi AS,” menurut perintah eksekutif itu.

Menurut kedua-dua perintah itu AS “mesti mengambil tindakan agresif” terhadap pemilik TikTok dan WeChat “untuk melindungi keselamatan negara kita.”

Pada 3 Ogos, Trump memberi tempoh sehingga 15 September kepada bakal pembeli operasi TikTok AS untuk membuat perjanjian, mengancam akan melarang aplikasi video di negara itu.

Menyuarakan kebimbangan mengenai keselamatan negara, Trump menegaskan beliau tidak mahu TikTok berada di bawah kawalan China.

“Tempoh akan tamat pada 15 September, kecuali Microsoft atau orang lain dapat membelinya dan membuat perjanjian yang sesuai.” ― Bernama

Berita berkaitan

Remaja lelaki maut asyik main PUBG

Seorang remaja lelaki di India meninggal dunia kerana terlalu asyik bermain permainan dalam talian PlayerUnknown's Battleground (PUBG) selama beberapa...

Jangan lupa ‘claim’ data Internet percuma setiap hari… ini langkah-langkahnya

Bermula 1 April, semua syarikat komunikasi di Malaysia memberi data Internet secara percuma setiap hari Masih ramai yang...

Pemuda Malaysia bangunkan teknologi bas tanpa pemandu di Finland

Hebatnya, antara orang yang bertanggungjawab memastikannya menjadi realiti adalah seorang pemuda dari Malaysia, Umar Zakir Abdul Hamid.

Selipar Jepun antara 117 emoji baharu bakal diperkenalkan tahun ini, bubble tea pun ada!

NAMPAKNYA ada yang mengambil perhatian tentang obsesi rakyat Malaysia terhadap bubble teaapabila minuman popular itu kini tampil dalam bentuk emoji.

Berita Terkini

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...