back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    Peristiwa menjadi pengajaran

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    [VIDEO] Tiga beranak maut dalam kebakaran rumah kedai di Balik Pulau

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    "Setelah selesai pemadaman api, kami menemui mayat dua mangsa di tingkat bawah manakala satu lagi di tingkat atas.

    BALIK PULAU — Seorang ibu dan dua anaknya maut dalam kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Balik Pulau, di sini hari ini 25 Mei 2024.

    Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kebakaran membabitkan sebuah rumah kedai berhampiran sebuah bank di situ pada 7.02 pagi 25/5/2025 sebelum sepasukan polis terus ke lokasi kejadian.

    Beliau berkata kebakaran itu menyebabkan seorang wanita Nurul Bowjiya, 58, dan anak lelakinya Muhamad Ibrahim, 33, serta anak perempuannya Rahbiah Jasmin, 20, meninggal dunia.

    “Berdasarkan temubual awal ke atas seorang mangsa yang terselamat iaitu anak lelaki wanita itu yang berusia 30 tahun memaklumkan dia, ibu serta abangnya telah berjaya keluar dari rumah kedai tersebut sebaik menyedari berlaku kebakaran.

    “Walau bagaimanapun emak dan abangnya yang menyedari adik perempuannya masih berada di dalam rumah telah bertindak memasuki semula rumah kedai itu bagi menyelamatkan mangsa, namun ketiga-tiga mereka terperangkap dalam premis tersebut,” katanya ketika dihubungi.

    Kamarul Rizal berkata ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia berjaya ditemui oleh pihak bomba selepas api dapat dipadamkan.

    Tambah beliau mayat tiga beranak itu dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat.

    Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Mohd Faris Mansor berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.06 pagi dan terus ke lokasi bersama dua jentera dengan dibantu pasukan dari BBP Balik Pulau.

    “Sebaik tiba, kami mendapati api sedang marak dan kerja-kerja pemadaman telah membabitkan tiga jentera tangki air termasuk mengawal api daripada merebak,” katanya di sini.

    Beliau berkata kebakaran itu mencetuskan asap tebal kerana ia membabitkan barangan perabot seperti permaidani dan tilam.

    “Setelah selesai pemadaman api, kami menemui mayat dua mangsa di tingkat bawah manakala satu lagi di tingkat atas,” katanya.

    BACA juga:

    Bookmarked post

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah