Video Semburit: Beranikah Haziq sumpah laknat?

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Beranikah Haziq Abdullah Abdul Aziz, individu yang mengaku mengadakan hubungan intim dengan seorang menteri kanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) melafazkan sumpah laknat?

Hanya dengan cara itu, beliau boleh membersihkan dirinya daripada dipandang hina oleh masyarakat selepas membuat pengakuan terbuka telah melakukan hubungan seks sejenis di sebuah hotel di Sandakan tahun lalu.

Serentak itu, Pergerakan Wira Putra Malaysia mencabar Haziq Abdullah berbuat demikian di mana-mana masjid supaya rakyat tahu pasangan hubungan intimnya adalah menteri kanan kerajaan PH.

Menurut Ketua penaja pergerakan itu, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif, jawapan Peguam Negara berhubung rakaman video itu, yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sudah tentu mengecewakan bekas Ketua Pemuda PKR Santubong itu.

Jelas beliau, keputusan itu sekali gus menguatkan lagi pandangan rakyat bahawa kerajaan PH mengamalkan dasar peraturan undang-undang terpilih.

Katanya, amalan pendakwaan secara terpilih itu hanya boleh didapati di bawah pemerintahan undang-undang rimba kerajaan PH sahaja.

“Secara realistiknya, Haziq Abdullah telah membuat pengakuan terang-terangan bahawa beliau adalah individu yang terlibat dalam video tersebut bersama pasangannya Mohamed Azmin.

“Jika diteliti sepintas lalu rakaman video itu, atau tanpa kajian forensik sekalipun, kita boleh kenalpasti raut wajah tersebut mirip lelaki yang pernah menduduki kerusi nombor satu kerajaan Selangor.

“Lebih menghairankan, polis menyatakan telah menghantar rakaman video itu kepada ‘pakar forensik’ bebas di Amerika Syarikat tetapi laporan analisa gagal mengenal pasti pelaku terbabit,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Nasrul Ali Hasan berkata, ‘pakar’ berkenaan memberi alasan terlalu ringkas, iaitu rakaman video tersebut beresolusi rendah.

“Siapakah pakar yang dilantik untuk membuat analisa video itu? Ianya tidak pernah dinyatakan siapa dan di mana analisa terbabit dibuat.

“Mungkin juga video itu hanya dihantar kepada pelajar jurusan Sains Komputer atau Artificial Intelligent atau yang mempunyai kemahiran digital yang berada di Amerika,” sindir beliau.

Beliau mengingatkan kerajaan PH, jangan terus memperbodohkan rakyat, sebaliknya jadilah kerajaan yang telus.

Katanya, sedangkan identiti penyamun bertopi keledar di kedai Speedmart di Shah Alam pun polis boleh kenal pasti tanpa hantar rakaman CCTV ke Amerika untuk dianalisis, inikan pula pelaku tidak bertopeng dalam video intim itu yang dikatakan tidak boleh dicam kerana kabur.

Beliau mengecam keras Peguam Negara yang sengaja memperbodohkan rakyat menerusi kenyataan sambil lewa, tidak masuk akal dan berat sebelah itu, seolah mahu menutup kes itu.

“Wira Putra mencabar Tommy Thomas dan Ketua Polis Negara untuk mendakwa dan mengambil tindakan ke atas Haziq Abdullah kerana telah memfitnah dan memberi keterangan palsu terhadap Mohamed Azmin,” katanya. – MalaysiaGazette

 

spot_img