Sunday, October 25, 2020

[Video] Polis siasat dakwaan kes liwat pemimpin politik

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan kes liwat membabitkan pemimpin sebuah parti politik susulan tular akuan bersumpah dibuat seorang lelaki mendakwa menerima bayaran RM300 melakukan perbuatan itu.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis berhubung isu itu semalam.

“Kita sudah menerima laporan itu semalam dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ringkas kepada Harian Metro ketika dihubungi.

Terdahulu tular di media sosial satu akuan bersumpah bertarikh 29 Jun lalu dibuat seorang lelaki mendakwa kejadian itu berlaku pada 2013 di sebuah hotel di Subang.

BACA SINI: Video dan SD: Hubungan semburit Anwar Ibrahim dan Aidil Azim @ Raja Goyang terbongkar [https://pakdin.net/video-dan-sd-hubungan-semburit-anwar-ibrahim-dan-aidil-azim-raja-goyang-terbongkar/]

Dalam akuan bersumpah itu, dia mendakwa dihubungi pemimpin politik itu untuk bertemu di hotel terbabit sebelum melakukan perbuatan terbabit dan sebaik selesai dia dibayar RM300.

Malah individu terbabit mendakwa melakukan perbuatan itu bersama pemimpin politik terbabit sebanyak empat kali di beberapa hotel dengan bayaran RM300 setiap kali melakukannya.

Selain itu, pemimpin politik terbabit turut dikaitkan dengan seorang lagi kenalan individu yang membuat akuan bersumpah apabila mendakwa turut melakukan perbuatan itu.

Berita berkaitan

‘Saya konsisten – No Anwar No DAP’ kata H2O melompat tak tentu pasal

Sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dan ahli UMNO, Hishammuddin berhak bertanya sendiri dengan Presiden UMNO kebenaran surat tersebut dan...

Akuan bersumpah Maszlee Malik sokong Anwar pula tersebar?

Akuan Bersumpah penyokong kuat Tun Mahathir,  Dr Maszlee Malik, menyokong pencalonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana...

[Video] Empat lelaki ditahan halang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River

Empat lelaki ditahan kerana dipercayai menghalang penjawat awam menjalankan tugas di Plaza Tol Slim River, Tanjung Malim awal pagi...

Beberapa ahli Parlimen PKR bakal keluar parti selepas Anwar ‘dimalukan Istana’

PKR mungkin menerima gelombang kedua kehilangan ahli Parlimennya berikutan apa yang disifatkan seorang penganalisis sebagai satu kenyataan “mengaibkan” dari...

Berita Terkini

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...