Wednesday, January 27, 2021
Spread the love

[Video] Pesawat ringan mendarat cemas dikendali juruterbang profesional

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KULAI: Kerosakan enjin dipercayai menjadi punca pesawat ringan jenis Beechcraft Bonanza N5045B, mendarat cemas di atas lebuh raya di Kilometer 47.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow, berkata pesawat persedirian kendalian juruterbang dari Singapura, Dr Yang Kuang Ying, 52, sedang dalam penerbangan rutin melengkapkan jam penerbangan dari Lapangan Terbang Seletar, Singapura ke Lapangan Terbang Batu Berenam, Melaka.

Katanya, juruterbang pertama bersama juruterbang kedua, Saleehullah Abdul Majid, 41, mendarat cemas ketika melakukan pusingan kedua menuju ke Singapura.

“Hasil siasatan, juruterbang terbabit mempunyai kebenaran tanpa perlu mendapatkan surat rentas negara atau negeri bagi bagi mendapatkan jumlah jam penerbangan untuk rutin penerbangan biasa.

“Mereka bukan dalam latihan. Juruterbang adalah profesional dan berpengalaman 12 tahun dalam penerbangan serta mempunyai 480 jam penerbangan.

“Mereka berjaya membuat satu pusingan penerbangan dari Singapura ke Melaka, awal pagi tadi tetapi pada pusingan kedua, mereka terpaksa mendarat cemas ketika berada di ketinggian 5,000 kaki di udara susulan terdengar bunyi seperti enjin tiada minyak (kehilangan kuasa).

“Juruterbang kemudian cuba tukar tangki minyak tetapi enjin pesawat tidak berfungsi. Tekanan minyak menurun dengan pantas sebelum mendarat cemas di lokasi kejadian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini, hari ini.

Beng Yeow berkata, pesawat ringan itu sudah dialihkan ke kawasan lapang di tepi lebuh raya dan sedang menunggu masa untuk dibawa balik.

“Kedua-dua juruterbang itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) untuk menjalankan siasatan lanjut.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -