back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    Peristiwa menjadi pengajaran

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    VIDEO: Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    “Mereka didakwa pada 2018 dan tarikh perbicaraan sudah ditetapkan, tetapi dokumen tidak dihantar. Ini kelewatan melampau.

    KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Najib Razak dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan, Mohd Irwan Serigar Abdullah dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) dalam kes International Petroleum Investment Company (IPIC).

    Hakim Jamil Hussin berkata, beliau menggunakan kuasa sedia ada membenarkan permohonan DNAA Najib dan Irwan di Mahkamah Tinggi.

    Pada Oktober 2018, Najib dan Irwan didakwa atas enam pertuduhan pecah amanah membabitkan dana kerajaan berjumlah RM6.6 bilion untuk bayaran kepada IPIC, syarikat milik Abu Dhabi.

    Mereka memohon DNAA kerana pihak pendakwaan belum menyerahkan dokumen penting kepada pihak pembelaan.

    Jamil berkata, pihak pendakwaan tidak mengikut prosedur dalam menyampaikan dokumen dikehendaki mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

    “Mereka didakwa pada 2018 dan tarikh perbicaraan sudah ditetapkan, tetapi dokumen tidak dihantar. Ini kelewatan melampau,” kata hakim.

    KES IPIC Najib telah ditangguh 40 kali oleh pihak pendakwaan dan tidak pernah dibicara sehari pun sejak didakwa 6 tahun dahulu.

    Pagi ini, hakim sekali lagi benarkan permohonan pendakwa raya untuk tangguhkan perbicaraan kes IPIC Najib ke 14 November 2024 atas alasan pendakwaan sekali lagi masih belum siap nyah-klasifikasi dokumen dan belum sedia untuk memberi dokumen-dokumen kepada pihak pembelaan.

    BERIKUT adalah konologi kes:

    Segala dana yang dikatakan hilang dari 1MDB adalah selepas ianya dijamin atau dibayar kepada pihak IPIC.

    Tahun 2017: 

    – Kerajaan masa Najib telah tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC.

    24 Okt 2018:

    – Najib didakwa kes IPIC kononnya menipu kerajaan dengan tanda tangan perjanjian penyelesaian dengan IPIC

    30 Okt 2018:

    – Kerajaan PH1.0 batalkan perjanjian penyelesaian dengan IPIC dengan alasan perjanjian itu tidak sah sebab Najib telah didakwa dalam mahkamah

    Nov 2018:

    – Najib pernah beberapa kali minta dalam dan luar Dewan Rakyat agar perjanjian penyelesaian IPIC didedahkan bagi membuktikan kerajaan masa Najib sudah selesaikan kes 1MDB dan IPIC telah berjanji untuk membayar sehingga US$7.5 bilion (RM35b) kepada 1MDB sebelum 30 Disember 2020.

    – kerajaan PH1.0 enggan dedahkan dokumen perjanjian penyelesaian IPIC dengan alasan kes di mahkamah dan dokumen itu diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia.

    27 Feb 2023:

    – IPIC bersetuju membayar US$1.8b kepada 1MDB sebagai ganti rugi.

    – Walaupun jumlah itu jauh lebih rendah berbanding US$7.5b yang dituntut bawah perjanjian penyelesaian asal yang dibatalkan PH1.0, ianya membuktikan bahawa IPIC mengaku mereka bersalah dan mereka patut bayar ganti rugi kepada Malaysia.

    – ianya membuktikan bahawa Najib tak tipu kerajaan dan perjanjian penyelesaian itu adalah patut.

    30 Julai 2023 (4 tahun 9 bulan sejak didakwa):

    – setelah ditangguh lebih 30 kali oleh pihak pendakwaan tanpa kes pernah dibicara, Najib tulis surat representasi kepada pejabat peguam negara agar kes IPIC digugurkan sebab sudah terlalu lama dan terlalu banyak kali perbicaraan ditangguh pihak pendakwaan

    9 Ogos 2023:

    – pihak pendakwaan mohon kes ditangguh sebab perlu masa untuk teliti surat representasi Najib. Mahkamah tangguh ke Sept 2023.

    17 Ogos 2023: 

    – juga memo dalaman Pejabat Peguam Negara berkenaan kes IPIC ini telah terbocor.

    – Memo dari pasukan pendakwaan kes IPIC ini kepada Ketua Peguam Negara Tommy Thomas merumuskan kesemua pasukan pendakwaan (7 DPP dan 5 pegawai penyiasat) sebulat suara mendapati bahawa:

    – kes ini tidak patut dan tidak layak dibawa ke Mahkamah sebab Najib tidak melakukan apa-apa kesalahan

    – tiada sebarang dokumen menunjukkan Najib telah melakukan kesalahan

    – tiada satu dari kenyataan seramai 138 kenyataan saksi memihak kepada pendakwaan

    – kes IPIC terhadap Najib dan Tan Sri Irwan ini patut digugurkan

    Namun pihak pendakwaan enggan untuk sah atau nafikan wujudnya memo dalaman ini bila ditanya oleh hakim.

    14 Sep 2023:

    – pihak pendakwaan sekali lagi mohon kes ditangguh sebab perlu lebih masa untuk teliti surat representasi Najib. Mahkamah tangguh ke Disember 2023 dengan memberi amaran bahawa sekiranya pendakwaan masih belum bersedia, mahkamah akan beri DNAA kepada Najib.

    1 Dec 2023:

    – pihak pendakawan kata mereka masih belum putuskan surat representasi Najib dan minta mahkamah tangguh kes.

    – Hakim tetapkan tarikh perbicaraan pada bulan Jun 2024. tetapi memberitahu pihak pendakwaan bahawa mereka masih boleh hentikan kes bila mereka membuat keputusan terhadap surat representasi Najib.

    4 Jun 2024 (hari pertama perbicaraan kes IPIC):

    – pihak pendakwaan mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokument kes

    – mahkamah beri penangguhan dua minggu ke 19 Jun 2024

    19 Jun 2024

    – pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen-tertentu (termasuk dokumen perjanjian penyelesaian IPIC yang sering diminta Najib untuk didedahkan).

    – mahkamah beri penangguhan sebulan ke 22 Julai 2024

    22 Julai 2024:

    – pihak pendakwaan sekali lagi mohon diberi penangguhan sebab belum bersedia dengan dokumen kes dan perlu lebih masa untuk nyah klasifikasi dokumen-tertentu

    – sebab pendakwaan asyik mohon kes ditangguh, pihak pembelaan sekali lagi mohon hakim memberi DNAA kepada Najib

    – tetapi hakim tolak permohonan DNAA Najib dan benarkan pengangguhan kes selama 4 bulan lagi ke 14 November 2024.

    Ini bermakna kes Najib akan tangguh selama 6 tahun 22 hari tanpa pernah dibicara sehari pun sejak didakwa pada 24 Okt 2018 setelah ditangguh berpuluh kali oleh pihak pendakwaan.

    BACA juga:

    Bookmarked post

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah