Sunday, October 25, 2020

[Video] Makkah, Madinah masih ‘lockdown’…

  • Duta Arab Saudi maklumkan tiada pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan
  • Arab Saudi pada akhir Februari memutuskan menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan sehingga kini tiada maklumat mengenai pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan (Jumaat) seperti yang tular di media sosial.

Zulkifli berkata beliau telah berhubung dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia Datuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan bagi mendapatkan maklumat mengenai hal berkenaan.

“Saya telah berhubung dengan Duta Arab Saudi pada tengah hari tadi dan bertanyakan hal ini maka jawapan yang diberikan kepada saya, beliau sendiri tidak ada maklumat dan memaklumkan apa yang berlaku setakat ini berdasarkan kepada arahan terdahulu iaitu tiada pembukaan.

“Beliau turut memaklumkan di Makkah dan Madinah masih lagi lockdown dan yang dibenarkan hanya pekerja-pekerja sahaja dan mereka yang terhad termasuk imam atau yang betugas di masjid itu,” katanya dalam program temu bual eksklusif ‘Ramadan Kali Ini’ terbitan Bernama Radio, pada Khamis.

Tular di media sosial mengenai satu kenyataan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang kononnya mengumumkan pembukaan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi pada 8 Ramadan, berserta garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Arab Saudi pada akhir Februari memutuskan menggantung kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah di Makkah dan ziarah Masjid Nabawi, Madinah susulan penularan wabak Covid-19.

Sebagai langkah mencegah penularan wabak tersebut, Arab Saudi memutuskan menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat pergerakan keluar masuk ke beberapa bandar raya, termasuk Makkah dan Madinah. – BERNAMA

Berita berkaitan

Covid-19: Arab Saudi mula benarkan solat di Masjidil Haram

MAKKAH: Buat kali pertama selepas tujuh bulan, Arab Saudi membuka Masjidil Haram pada Ahad untuk ibadat solat selain memperluaskan...

7 sekeluarga dijangkiti Covid-19 akibat terawih di masjid

Tujuh sekeluarga disahkan positif virus Covid-19 yang berpunca daripada ketua keluarga bersolat sunat tarawih di masjid. Kompas melaporkan, keluarga dari...
00:02:36

[Video] ‘Lockdown’ Kota Madinah mula dilonggarkan

Kerajaan Arab Saudi mula melonggarkan 'lokdown' di kota Madinah. Penduduk kini dibenarkan keluar dari kediaman mereka antara jam 9:00...

PKP: SOP solat tarawih akan diputuskan

Kerajaan akan membuat keputusan berhubung kebenaran pelaksanaan solat tarawih di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keempat dengan prosedur...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...