back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    Peristiwa menjadi pengajaran

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    [Video] Guru rogol 13 pelajar dihukum mati

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

    Kes membabitkan Herry Wirawan, 36, menggemparkan Indonesia dan mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz berasrama.

    Februari lalu, tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.

    “Dengan ini, mahkamah menghukum tertuduh dengan hukuman mati,” menurut kenyataan dikeluarkan mahkamah yang dimuat naik di laman sesawang Mahkamah Tinggi Bandung.

    Sementara itu, peguam Herry, Ira Mambo, enggan mengulas sama ada pihaknya akan memfailkan rayuan atas alasan beliau perlu melihat penghakiman penuh oleh mahkamah.

    Jurucakap pejabat pendakwaan tempatan juga berkata pihaknya menunggu penghakiman penuh sebelum memberi sebarang komen

    Antara 2016 dan 2021, Herry didakwa melakukan jenayah seksual terhadap 13 pelajar perempuan, yang berusia antara 12 dan 16 tahun.

    Lapan daripada mangsa tertuduh juga hamil, menurut penghakiman pada Februari lalu.

    Pegawai Indonesia, termasuk Menteri Perlindungan Kanak-Kanak turut menyokong rayuan bagi mendapatkan hukuman mati itu.

    Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah rayuan hukuman mati itu, yang dianggap tidak bersesuaian.

    Indonesia, sebagai negara berpenduduk Islam paling ramai di dunia, mempunyai puluhan ribu sekolah tahfiz berasrama dan sekolah agama, yang lazimnya menjadi pilihan pelajar dari keluarga miskin mendapatkan pendidikan. – REUTERS

    Bookmarked post

    [social-share align="left" style="icon" template="11" counters="1" buttons="facebook,facebook_like,twitter,print,mail,whatsapp,telegram"]

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah