Monday, April 12, 2021
Spread the love

UUM tutup, pelajar positif COVID-19

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Universiti Utara Malaysia (UUM) menutup kampus utamanya di Sintok, Kedah berkuat kuasa serta merta sejak malam tadi susulan seorang pelajar yang baru pulang dari Sabah dikesan positif COVID-19.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, berkata pelajar berkenaan sebelum ini terbabit dalam latihan Pegawai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan tiba di kampus lebih awal.

Katanya, selepas jangkitan itu dikesan universiti sudah dan sedang mengambil langkah perlu untuk mengawal penularan dengan melakukan penutupan serta merta dan melarang aktiviti keluar masuk kampus.

“Kumpulan ini tidak besar hanya membabitkan mereka yang terbabit dalam latihan PALAPES. Kementerian Kesihatan (KKM) pun sudah dimaklumkan mengenai hal ini untuk menentukan langkah seterusnya.

“Kami memberi kerjasama sepenuhnya dan akan ikuti semua SOP (prosedur operasi standard) yang disyorkan oleh KKM, NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) termasuk langkah kuarantin wajib yang perlu kepada semua individu yang terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, buat masa ini, semua pelajar baharu yang mahu mendaftar tidak dibenarkan memasuki kampus sebaliknya melakukan pendaftaran dalam talian.

“Sesi pembelajaran pun kita akan laksana dalam talian. Tidak ada yang dibenarkan untuk pulang ke kampus. Selepas semua reda dan terkawal baru kita akan maklumkan semula kepada pelajar bila tarikh kemasukan ke kampus dibenarkan,” katanya.

Difahamkan pelajar ini tiba di UUM pada 20 September lalu, iaitu sebelum kerajaan mengeluarkan arahan mewajibkan semua individu yang baru pulang dari Sabah menjalani ujian calitan sebaik tiba dan kuarantin diri di kediaman masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Profesor Madya Dr Hendrik Lamsali sebelum ini memaklumkan kampus itu menangguhkan kemasukan pelajar dari Sabah sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Katanya, penangguhan itu termasuk pendaftaran pelajar dari kawasan zon merah di negeri lain, yang dibuat berikutan peningkatan kes pandemik COVID-19 di beberapa negeri selain bimbang dengan risiko keselamatan pelajar.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -