Umno di persimpangan, Antara Mahathir dan DAP

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Kekecewaan Tun M terhadap Menteri Kabinetnya sudah tidak dapatkan diselindung lagi.

Rakyat semakin tidak sabar dengan tindakan tindakan Menteri kabinet yang sudah hilang sentuhan untuk membela rakyat.

Paling mengecewakan Tun M, tindakan LGE Menteri Kewangan yang selalu menggunakan kuasa veto sebagai Menteri Kewangan yang membuat keputusan sendiri tanpa peduli perasaan Tun M sebagai Perdana Menteri.

Malah ramai Menteri sudah tidak dapat mengawal rasa kecewa terhadap LGE yang mengawal Perbendaharaan sesuka hati nya.

Manakala diluar kabinet DSAI terus melakukan serangan terhadap Tun M,mempengaruhi ahli Parlimen supaya turut mendesak Tun M berambus segera.

Kekalahan demi kekalahan PH dalam PRK menjadi mantera utama kumpulan DSAI untuk menekan Tun M supaya mengangkat kaki dari Putrajaya secara suka paksa atau mendapat malu dengan undi tidak percaya di Parlimen.

Tun M, tidak ada pilihan selain dari membentuk kerajaan baru dengan menyepak keluar DAP dan DSAI dari kerajaan.

Bagi Tun M kerajaan PH jika di teruskan akan membawa banyak lagi kerosakan kepada negara dan rakyat semakin marah khusus pada Tun M secara peribadi.

Jika UMNO tidak menyertai Pakatan Tun M, maka UMNO akan kekal jadi pembangkang tetapi bukan lagi ketua pembangkang.

DAP akan jadi Ketua pembangkang berdasarkan umlah kerusi DAP memiliki 49 kerusi, UMNO akan pecah dua, PKR juga pecah dua begitu juga dgn PAN,manakala PAS teguh bersama Tun M.

Sanggupkah Umno berketuakan DAP?
Ini persoalan yang ahli UMNO perlu tanyakan pada diri masing masing.

Sanggupkah UMNO bersekongkol dengan DAP? Harus di ingat PAS pernah bersekongkol dengan DAP dan akhir nya mengakui DAP bukan parti yang boleh di buat kawan perjuangan.

Ahli UMnO mesti berfikir secara terurus sebelum menemplak presiden sebagai pembelot dan sebagainya.

Sebagai presiden parti Dato Seri Zahid pasti ingin melihat Umno terus teguh dan kukuh membela agama bangsa, dalam situasi seperti ini apa pilihan yg ada?

Diantara memilih Mahathir dan Dap, pasti nya pilihan yg betul adalah memilih bekerjasama dengan Tun M.

Bukan lagi soal pilihan terbaik tetapi membuat pilihan yang betul,walaupun sukar kerana akan timbul berbagai andaian tetapi pilihan yang betul itu mesti di putuskan untuk kelangsungan perjuangan parti.

Umno perlu memilih untuk terus bermaruah atau jadi baruah DAP.

Tepuk dada tanya selera, jangan sampai terlalu gelojoh melayan selera hingga lupa apa rasa makanan yang ada dimulut kita.

Oleh: Dr Mohamad Khir Toyo

spot_img