Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Tun M: Surat saya kepada Maszlee disebarkan pihak tidak bertanggungjawab

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan menentukan pelantikan Menteri Pendidikan yang baharu kerana ia merupakan prerogatifnya.

“Akan ditentukan oleh saya kerana itu adalah prerogatif saya,” katanya ketika ditanya mengenai pelantikan Menteri Pendidikan selepas Maszlee Malik meletakkan jawatan pada 2 Januari lepas

Dr Mahathir bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di sini ,hari ini.

Ditanya sama ada peletakan jawatan Maszlee disebabkan cubaannya untuk membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman seperti dilaporkan, Dr Mahathir berkata ia tiada kena mengena dengan perkara itu.

Beliau berkata terdapat banyak sebab yang membuatkan beliau berpendapat adalah perlu untuk Maszlee meletak jawatan.

“Surat yang saya tulis kepada beliau telah disebarkan kepada umum oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Seperti yang anda dapat lihat ada banyak sebab. Saya tidak kata semua yang beliau lakukan adalah salah.

“Terdapat beberapa perkara yang beliau lakukan adalah betul, tetapi atas sebab-sebab yang lain, saya berpendapat adalah perlu untuk beliau meletak jawatan, beliau bersetuju dan beliau meletak jawatan,” katanya.

Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan berkuat kuasa Jumaat lepas dalam sidang media di Kementerian Pendidikan pada 2 Januari.

Susulan itu, ada pihak mendakwa keputusan itu ada kaitan dengan rancangannya untuk membuka semula Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman di Putrajaya.

Pembukaan pusat itu dicadangkan susulan lawatan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz ke Malaysia pada 2017, namun dibatalkan pada Ogos 2018 selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara.

Maszlee dalam laman Twitternya hari ini turut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah kerana beliau tidak pernah membincangkan perkara itu semasa berkhidmat sebagai Menteri Pendidikan dan pusat itu tiada kaitan dengan kementerian itu. ― Bernama

………….

Laporan: Mahathir arahkan Maszlee berundur dalam surat 17 perenggan

Dr Maszlee Malik dipercayai meletakkan jawatan demi menyelamatkan Pakatan Harapan kerana bekas Menteri Pendidikan itu dianggap sering membuat keputusan yang menyulitkan kerajaan.

Hari ini sebuah portal berita mendakwa langkah diambil Dr Maszlee Malik itu berpunca daripada kehendak Perdana Menteri.

Tindakan  meletakkan jawatan berkuat kuasa Khamis lalu menurut The Malaysian Insight, dibuat selepas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa dengan Maszlee yang dikatakan selalu membuat keputusan yang menyukarkan kerajaan.

Malah, dalam kenyataan yang dibaca dalam sidang medianya Khamis lalu, Maszlee berkata: “Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan isu sarapan percuma.”

Maszlee juga berkata beliau ialah mangsa laporan negatif media yang tidak memberi tumpuan kepada pencapaian kementeriannya dalam tempoh 20 bulan beliau menjadi menterinya.

Kenyataan itu dibuat melalui sepucuk surat  bertarikh 27 Disember 2019 daripada Mahathir kepada Maszlee dan dihantar ke pejabat Anggota Parlimen Simpang Renggam itu pada hari yang sama.

Laporan itu  mendakwa, Perdana Menteri dalam surat 17 perenggan, itu berkata Maszlee gagal mengikuti arahan kabinet bersabit beberapa isu seperti pengajaran tulisan Jawi, pembekalan perkhidmatan internet di sekolah, dan program sarapan percuma di sekolah rendah yang bermula 20 Januari ini.

Kata laporan itu lagi, Mahathir mengakhiri surat tersebut dengan menyuarakan pandangan “sudah tiba masanya untuk Yang Berhormat (Maszlee) mengundurkan diri dari kabinet.”

Namun, Malaysiakini tidak  pula dapat mengesahkan kesahihan laporan tersebut dan cuba menghubungi Maszlee  bagi mendapatkan maklum balas.

 

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -