Wednesday, April 14, 2021
Spread the love

[Video] Tok Mat Hasan yakin Tun M tak serah jawatan kepada Anwar

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Datuk Seri Mohamad Hasan secara sinis membayangkan peralihan kuasa antara Tun Dr Mahatir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan berlaku pada Mei ini.

Timbalan Presiden UMNO itu mentafsirkan, Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson hanya boleh bermimpi untuk memegang jawatan Perdana Menteri yang tidak mungkin diserahkan kepadanya.

Ini kerana katanya, pada masa ini gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) sedang dilanda permasalahan dan bergaduh sesama sendiri dalam perkara-perkara tertentu.

“Saya yakin atok (Dr Mahathir) takkan bagi (jawatan perdana menteri) kat Abang Non (Anwar) kita tu, hidup mati balik takkan dibaginya.

“Abang Non boleh mimpi pagi, petang, siang, malam. Bulan lima dia tunggu, kalau bulan lima dia tak dapat Abang Non akan menari di atas jalan, tidur dan baring,” katanya ketika berucap dihadapan 1,000 hadirin pada pelancaran Muafakat Nasional peringkat Bandar Tun Razak di sini malam tadi.

Hadir sama pada pelancaran tersebut, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Johari Abdul Ghani; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah; Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamarulzaman Mohamad; Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dan Yang Dipertua Pas, Bandar Tun Razak, Md Shukor Aziz.

Mohamad menambah, akan berlaku demonstrasi pada setiap hujung minggu di ibu negara sekiranya peralihan kuasa itu tidak berlaku hingga boleh menyebabkan huru-hara.

Katanya, jika perkara itu terjadi UMNO dan Pas akan mendesak kerajaan supaya membubarkan Parlimen bagi memberi laluan supaya diadakan Pilihan Raya Umum.

Sebelum ini Dr Mahathir dilapor berkata akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar sebagaimana dipersetujui gabungan PH, walaupun ada gesaan oleh partinya agar beliau menghabiskan tempoh lima tahun.

Beliau turut memberitahu, tidak kisah jika diminta untuk meletakkan jawatan sekarang jika itu keputusan sebulat suara yang dibuat oleh Majlis Presiden PH.- MalaysiaGazette

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -