Tiga lagi kes baharu, tujuh positif koronavirus di Malaysia

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Tiga lagi kes positif 2019 novel koronavirus dilaporkan, menjadikan jumlah kes yang disahkan di negara ini meningkat kepada tujuh setakat ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang dikeluarkan awal pagi ini, kesemua tujuh kes itu melibatkan warganegara China.

Tiga kes positif terbaharu itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi; seorang lelaki berusia 52 tahun yang dirawat di wad isolasi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan seorang wanita.

Wanita itu terdahulunya berstatus negatif tetapi telah mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh setelah mereka (kedua-dua anaknya) dikesan positif.

Sebelum ini, terdapat empat kes positif koronavirus dilaporkan di negara ini.

Dr Noor Hisham berkata satu kes masih menunggu keputusan makmal.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respons terhadap wabak penyakit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik.

Kapasiti dan keupayaan sedia ada ditingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan koronavirus, katanya. — Bernama

spot_img