Tiada sebab layan tuntutan Filipina terhadap Sabah – Hishammuddin

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Malaysia tiada sebab untuk berunding dengan Filipina mengenai tuntutan negara itu ke atas Sabah kerana tidak pernah mengiktiraf tuntutan berkenaan.

Pendirian itu diulangi Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein ketika meluahkan kekecewaan terhadap kenyataan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang mencadangkan Malaysia berunding dengan Filipina.

Hishammuddin berkata, seperti pendirian sebelum ini, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan, sekali gus negeri itu milik Malaysia buat selama-lamanya.

“Perlu difahami, tuntutan Filipina bukan sahaja tidak berasas, malah langsung tidak relevan. Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan tersebut.

“Jadi, tiada sebab mengapa kita perlu berunding dengan mereka. Sekiranya kita buka ruang rundingan, itu bermakna Malaysia akui tuntutan tersebut mempunyai asas.

“Atau sebenarnya memang Shafie anggap tuntutan Filipina berasas?” katanya dalam hantaran melalui media sosial Facebook hari ini.

Hishammuddin berkata, sebagai pemimpin Sabah, Shafie sepatutnya lebih tegas dan bukannya cuba memberi muka kepada pihak luar yang cuba mempersoalkan kedaulatan Sabah.

Beliau berkata, pendirian Kerajaan Malaysia tetap kukuh, iaitu tidak akan berunding atau melayan tuntutan mana-mana pihak ke atas Sabah.

28 Ogos lalu, media melaporkan Mohd Shafie berkata, isu tuntutan Filipina ke atas Sabah harus diselesaikan menerusi rundingan kerajaan dengan kerajaan di antara Malaysia dan Filipina.

Mohd Shafie dilaporkan berkata, selagi tiada kata putus membabitkan kedua-dua negara, Filipina akan menimbulkan provokasi.

Beliau berkata, negara jiran itu perlu diberi kefahaman jelas bahawa tidak timbul lagi isu tuntutan ke atas Sabah kerana kedudukan Sabah dalam Malaysia diiktiraf Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Sebelum ini saya telah tegaskan banyak kali, tuntutan Filipina ke atas Sabah tidak akan dilayan dan Sabah milik Malaysia…

Posted by Hishammuddin Hussein on Isnin, 14 September 2020

spot_img