Tak sembur arak demi hormati Salah, Mane

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

LONDON: Liverpool menyembur minuman tanpa alkohol ketika meraikan kemenangan menjuarai Liga Perdana musim lalu.

Jordan Henderson mendedahkan, perubahan itu dilakukan bagi menghormati dua bintang mereka, Mohamed Salah dan Sadio Mane yang beragama Islam.

Liverpool meraikan kejuaraan liga buat kali pertama selepas 30 tahun menerusi satu upacara cukup istimewa di Anfield.

Percikan bunga api mewarnai langit di stadium dan minuman seakan arak disemburkan ke arah pemain ketika Henderson menjulang trofi.

Bagaimanapun kapten kelab itu mendedahkan ia bukanlah minuman arak sebenar.

Bercakap kepada The Times, Henderson berkata: “Ia adalah minuman tanpa alkohol kerana kami menghormati Mo dan Sadio.

“Ketika di bilik persalinan ia tidak berlaku tetapi mengapa tidak melakukannya ketika di luar?.”

Henderson juga bercakap mengenai kepelbagaian di dalam bilik persalinan Liverpool.

“Saya melihat Sadio serta Mo dan dari mana asal mereka. Apa yang mereka raih bersama kelab amat menakjubkan,” katanya.

spot_img