Polis Bentong hari ini mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian sebuah bilik kasino di Genting Highlands, Bentong dipecah masuk dan cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta telah dicuri. Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar menerusi satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima laporan berkenaan daripada pihak pengurusan keselamatan kasino terbabit sekitar 6.30 petang pada 28 Oktober.