Sumber PH nafi Anwar peroleh 10 SD ahli parlimen Umno

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Laporan yang mendakwa Presiden PKR Anwar Ibrahim memperoleh sokongan daripada 10 ahli parlimen Umno kini dinafikan sumber dalaman Pakatan Harapan (PH).

Memetik individu yang tidak dinamakan Awani berkata dakwaan Anwar mendapat sokongan daripada tokoh kanan Umno termasuk Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi juga palsu.

“Kami menafikan laporan berita itu. Maklumat berkenaan juga adalah palsu,” petik portal berita berkenaan.

Terdahulu portal berkenaan – juga memetik sumber tidak didedahkan – yang mendakwa Anwar bakal mendapatkan perkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mempersembahkan perakuan bersumpah (SD) yang diperolehinya.

Laporan itu memetik 10 ahli parlimen Umno sudah memberikan sokongan.

Ia segera menarik perhatian kerana sebelum itu Setiausaha Agung BN Annuar Musa mengesahkan memang ada gerakan menarik ahli parlimen Umno agar memberikan sokongan kepada Anwar.

Untuk rekod ketika ini Muhyiddin Yassin berdepan isu keyakinan mengenai tahap sokongan sebenar yang dimilikinya sebagai perdana menteri selepas menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional dengan majoriti tipis beberapa bulan lalu.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil turut mengulas laporan tersebut

“Sumber mana pulak yang kamu petik ni, Awani.

“Bagaimana kamu menulis berita berdasarkan ‘sumber’ yang tidak disahkan, tidak dikenal pasti,” ciapnya di Twitter.

Mengulas lebih lanjut ahli parlimen Lembah Pantai itu kemudian mengepilkan laporan susulan yang memetik ahli Majlis Tertinggi Umno Bung Moktar Radin menafikan sokongan kepada Anwar.

“Awani bikin berita berdasarkan satu sumber (single source) yang tidak diketahui, tanpa pengesahan/verifikasi untuk dapatkan penafian.

“Ini dinamakan taktik fishing expedition,” ciapnya.

spot_img