Sunday, October 25, 2020

SRC International: Mana ada bukti Najib pecah amanah?

Pasukan pendakwaan disifatkan gagal dan tidak berjaya mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak terlibat dengan apa-apa unsur pecah amanah seperti yang didakwa dalam kes penyelewengan dana RM42 juta.

Sebaliknya pendakwaan hanya ‘agresif’ dan berkali-kali cuba mengaitkan Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low selama perbicaraan berlangsung.

Malah soal peguambela Najib, Harvinderjit Singh ketika menggulung hujah pembelaan, apakah yang cuba dibuktikan oleh pendakwaan berkait dengan Jho Low walhal Najib didakwa atas tuduhan pecah amanah.

Katanya, pendakwaan juga gagal membuktikan Najib mempunyai sebarang kawalan dalam melakukan pemindahan RM42 juta dana SRC ke akaunnya.

“Sebenarnya, kes utama yang dibicarakan dengan dakwaan Najib mengawal dana selain bersekongkol dengan Jho Low, Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan setiausaha sulit Najib, Allayarham Datuk Azlin Alias.

“Pertuduhan Najib ialah CBT atau pecah amanah tetapi tidak ada pertuduhan konspirasi atau bersubahat.

“Jadi apakah yang berlaku sebenarnya?

“Pendakwaan juga tidak berjaya membuktikan Najib telah memindahkan dana tersebut sebaliknya ianya telah dilakukan oleh ‘orang ketiga’ seperti Nik Faisal yang mendapat arahan Jho Low.

“Malah kita juga diperdengarkan pegawai penyiasat Rosli Hussin ketika memberi keterangan ada mengakui notis merah dari Interpol terhadap Nik Faisal dan Jho Low,” katanya lagi.

Sambung Harvinderjit, banyak bukti yang menunjukan kes pecah amanah terhadap Nik Faisal dan Jho Low dan bukan Najib.

“Ketika Joanna Yu dari Ambank memberikan keterangan, kita juga diperdengarkan sendiri bagaimana Jho Low sebenarnya memanipulasi akaun peribadi walaupun dia bukan pemilik mahupun pemegang mandat yang sah,” ujarnya.

Harvinderjit juga menarik perhatian pendakwaan juga gagal memberi fokus dengan bukti diketengahkan oleh pembelaan terhadap tandatangan Nik Faisal dan bekas Pengarah 1MDB, Datuk Suboh Md Yassin.

Itu berkaitan dengan isu tandatangan dipalsukan dalam enam surat arahan kepada bank yang menyebabkan RM50 juta dimasukkan ke dalam akaun bank Najib.

“Bagaimana sebenarnya enam surat arahan ini wujud? Enam surat arahan yang disampaikan kepada bank untuk memindahkan RM50 juta dan diletakkan ke dalam akaun Najib. Kami hendak tahu, mananya CBT oleh Najib di sini?

“Pendakwaan dengan senang berkata ‘tidak kisah’ jika ianya di potong dan tampal kerana tidak ada aduan rasmi dibuat kepada SRC. Ini bukanlah satu kes dengan hanya berdasarkan jangkaan sebaliknya bukti.

“Dalam kes ini, pendakwaan lebih kepada andaian berbanding bukti yang munasabah melangkaui keraguan,” ujarnya.

Hujah penggulungan terus bersambung di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu pula, beliau dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan kesalahan terbabit antara 17 Ogos 2011 dan 10 Februari 2015.

Berita berkaitan

Najib di belakang sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ Anwar?

Bekas perdana menteri, Najib Razak adalah orang yang bertanggungjawab memberikan sokongan “kukuh dan meyakinkan” kepada Anwar Ibrahim untuk menggulingkan...

Remaja bakar tahfiz dipenjara hingga dapat pengampunan Agong

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, mensabitkan seorang remaja lelaki bersalah membunuh 23 individu dalam kebakaran di Pusat Tahfiz...

Bekas pembantu kepada bekas menteri pelancongan, tunang direman 5 hari

Seorang bekas pembantu kepada bekas menteri pelancongan, Mohamaddin Ketapi, bersama tunangnya direman 5 hari untuk membantu siasatan kes rasuah...

Perlembagaan tak sebut Agong boleh ketepi sabitan kes – Peguam

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa Lembaga Pengampunan telah memberikan nasihat yang salah dalam pengampunan diraja kes liwat Presiden...

Berita Terkini

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...