Softbank minat labur AS$40b dalam projek ibu negara Indonesia

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Bank di Jepun berminat melabur di Indonesia. Dengan Malaysia cuma berminat nak bagi pinjaman dengan faedah rendah tetapi bayaran balik akan naik berkali ganda kerana pertukaran matawang.

…….

JAKARTA- Softbank Group Corp menawarkan untuk melabur sebanyak AS$30 bilion sehingga AS$40 bilion dalam projek pembangunan ibu negara baharu Indonesia, kata seorang ahli kabinet kanan Presiden Joko Widodo hari ini.

Menurut Menteri Kordinator Hubungan Laut dan Pelaburan, Luhit Pandjaitan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Softbank, Masayoshi Son telah bertemu Jokowi di Jakarta minggu lepas dan menzahirkan hasrat mereka untuk turut serta dalam projek berkenaan.

Sebelum ini, Masayoshi telah pun dilantik sebagai ahli jawatankuasa yang memantau pembinaan kota terbaharu itu.

“Saya akan bertemu Masayoshi di Davos dan kemudiannya di Tokyo.

“Presiden akan membuat keputusan mengenai perkara tersebut pada Februari,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Saiz pelaburan yang dicadangkan oleh syarikat Jepun itu telah menimbulkan tanda tanya kerana Indonesia menganggarkan kos keseluruhan pembangunan ibu negara baharu itu adalah sekitar AS$34 bilion sahaja.

Tambah Pandjaitan, pelabur-pelabur dari China, Asia Barat dan Amerika Syarikat turut menunjukkan minat terhadap pembangunan kota terbaharu itu.- Bloomberg

spot_img