Sistem pilihan raya Perwakilan Berkadar beri kelebihan kepada DAP

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Sistem perwakilan berkadar (PR) yang dicadangkan Jawatankuasa Pembaharuan Pilihan Raya (ERC) bagi menggantikan sistem pemenang undi terbanyak (First Past The Post – FPTP) hanya akan memberi kelebihan kepada DAP, kata Felo Penyelidik Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Muhammad Asri Mohd Ali.

Asri berkata pelaksanaan sistem PR juga memberi beberapa kesan negatif terhadap landskap politik negara.

Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat berdasarkan simulasi yang dijalankan dengan mengambil pola pengundian masyarakat Cina seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu dan sistem PR bagi pemilihan anggota Parlimen.

“DAP merupakan parti yang paling banyak mendapat kerusi di Parlimen berbanding parti-parti lain, pengundi mereka di bandar dan di negeri yang banyak kerusi bukan Melayu (Perak, Selangor dan Johor).

“Mereka (DAP) akan berhujah perdana menteri sepatutnya datang daripada mereka. Parti-parti yang mewakili pengundi Melayu (Umno dan PAS) dan pengundi Melayu sendiri akan merasa mereka kehilangan majoriti dan tidak popular di negara ini. Akan menjadi bahan lawak dan penghinaan oleh kaum lain.

“Kempen politik dan polisi-polisi utama negara akan tertumpu kepada negeri yang ramai penduduk bersifat urban, jurang bandar dan luar bandar akan melebar dalam jangka masa panjang,” katanya yang juga pensyarah jabatan pengurusan pentadbiran dan politik Universiti Malaya (UM).

Oleh Ab Jalil Backer

spot_img