Saturday, January 23, 2021
Spread the love

Seorang kakitangan LRT Stesen Bandaraya positif Covid-19

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Seorang pegawai stesen Transit Aliran Ringan (LRT) yang bertugas di Stesen Bandaraya, Kuala Lumpur telah disahkan positif Covid-19 Khamis lalu dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Rapid Rail dalam kenyataannya berkata, kakitangan tersebut bertugas kali terakhir pada 19 Disember lepas dan tidak bekerja sejak tarikh berkenaan.

Tambah kenyataan itu, siasatan mendapati insiden berlaku di kawasan tertutup dan pegawai stesen berkenaan tidak mempunyai kontak dengan para penumpang ketika bertugas.

“Berikutan pengesahan itu, pihak pengurusan Rapid Rail yang menjadi operator perkhidmatan rangkaian-rangkaian LRT telah melaksanakan kerja-kerja disinfeksi dan pembersihan tempat kerja kakitangan itu pada malam berkenaan berpandukan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semua kakitangan lain yang mempunyai kontak rapat dengan pegawai stesen berkenaan turut diarahkan menjalani ujian saringan dan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari seperti yang ditetapkan di bawah prosedur operasi standard KKM,” kata kenyataan itu hari ini.

Tambah Rapid Rail, pihaknya akan terus memantau dengan rapi perkembangan kes tersebut dan sentiasa bekerja rapat dengan pihak berkuasa khususnya KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -