Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Semua Ahli Parlimen Sabah diarah berada di KL sebelum 17 Oktober

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Semua Ahli Parlimen Sabah diminta berada di Kuala Lumpur selewat-lewatnya pada 17 Oktober ini, bagi membolehkan mereka hadir ke persidangan Dewan Rakyat yang dijadualkan 2 November.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu dari DAP, Chan Foong Hin berkata, mereka telah menerima surat rasmi dari Setiausaha Dewan Rakyat semalam, memaklumkan perkara itu.

Katanya, mereka diminta berada awal di Kuala Lumpur supaya mempunyai ruang masa untuk kuarantin wajib selama 14 hari sebelum Parlimen bersidang.

“Berikutan kes peningkatan Covid-19 di Sabah, semua Ahli Parlimen diminta datang awal ke Kuala Lumpur untuk proses kuarantin wajib 14 hari.

“Sidang Parlimen ini amat penting untuk negara, kerana ianya sidang yang berbahas mengenai Belanjawan 2021 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

“Ahli Parlimen tidak harus mengabaikan tanggungjawab mereka dengan ketidakhadiran di Dewan Rakyat semata-mata SOP yang nampak menyusahkan kehidupan harian,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Chan Foong HinMenurut Foong Hin, sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab, beliau akan mematuhi SOP yang ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dengan itu, katanya, beliau terpaksa berada di luar kawasan Parlimen Kota Kinabalu lebih kurang dua bulan sehingga habisnya sidang kali ini pada 15 Disember 2020.

“Bersama kita memerangi gelombang ketiga pandemik Covid-19 di negara tercinta ini. Tiada double standard, tiada perbezaan antara dua darjat. Tak payah ajaran Abah, tak payah menakutkan dengan rotan,” katanya. – MalaysiaGazette

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -