Monday, April 12, 2021
Spread the love

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) untuk memulihkan Tabung Haji (TH), yang kini dilihat gagal dalam usaha menyelamatkan institusi itu.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, kerugian RM9.95 bilion yang dialami oleh Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) menimbulkan tanda tanya berhubung kemampuan syarikat membayar hutang TH.

“Jika penstrukturan semula perlu dilakukan bagi meningkatkan kecekapan dalam mengendalikan aset TH, maka ia mesti dilakukan.

“Saya menyeru UJSB supaya telus dalam segala keputusan pelaburan dan perniagaan berkaitan harta TH dan dana kerajaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah berkata, UJSB mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM9.95 bilion.

UJSB hanya mencatatkan pendapatan RM234 juta bagi tempoh kewangan dari 14 Dis 2018 sehingga 31 Dis 2019, yang diperoleh daripada dividen dan sewaan aset milik syarikat terbabit.

Mohamad berkata, TH adalah institusi penting bagi umat Islam dan tidak boleh dibiarkan terus lemah dan gagal, justeru kerugian dialami UJSB antara 2018 hingga 2019 merupakan suatu perkara membimbangkan.

“Mengikut rancangan asal, UJSB perlu membeli aset lemah TH dengan mandat untuk meningkatkan nilai aset tersebut selama 10 tahun.

“Setakat sekarang, UJSB harus membayar sebanyak RM27.56 bilion kepada TH bagi baki tempoh 9 tahun.

“UJSB membeli aset lemah TH dengan nilai RM19.9 bilion, sedangkan nilai pasaran aset tersebut RM9.7 bilion sahaja. Alasan pembelian ini dinyatakan untuk menstabilkan kewangan TH pada akhir 2018,” katanya.

Mohamad berkata, jika benar pentadbiran PH sebelum ini ingin membantu TH, kenapa ia tidak membuat suntikan terus kepada institusi itu untuk memperbaiki aset lemah, bukannya menggunakan UJSB sebagai mekanisme untuk mengambil alih aset tersebut.

“RM19.6 bilion daripada nilai pembelian aset TH adalah daripada sukuk. Ini bermakna, TH tidak menerima apa-apa wang tunai, melainkan berbentuk perjanjian surat hutang dengan UJSB yang sepatutnya dibayar dalam tempoh tertentu.

“Sejak ambil alih aset TH, UJSB sudah menjual saham aset TH dengan tujuan melabur dalam saham lebih berpotensi.

“Oleh kerana penjualan saham tersebut dilakukan ketika pasaran lemah, strategi UJSB sukar mengembalikan nilai pulangan terbaik kepada TH,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -