Sejak bila SPRM mengesahkan MC pesakit?

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Sejak bila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi tanggungjawab untuk mengesahkan cuti sakit pesakit, soal Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah jelas SPRM menyalahguna kuasa serta cubaan untuk menakutkan saksi dan mereka yang memberi perkhidmatan kepadanya.

“Lepas itu, ramai doktor dan pakar lain khuatir untuk memberi perkhidmatan kepada kita kerana bimbang akan dipanggil SPRM untuk disoal siasat berjam-jam,” ujarnya yang memaklumkan doktor pakar berkenaan disiasat SPRM selama tiga jam.

Beliau berkata demikian susulan kenyatan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata, sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor kepada Datin Seri Rosmah Mansor tidak lagi menjadi kes siasatan lagi selepas kehadirannya di mahkamah.

Latheefa memberitahu, siasatan terhadap doktor yang mengeluarkan sijil cuti untuk Rosmah sekadar untuk pengesahan sahaja.

“Hari ini, SPRM kata tiada masalah dengan MC isteri saya. SPRM cuma mengesahkan MC itu tulin atau tidak.

“Nak tanya. Sejak bila SPRM ada tanggungjawab atau kepakaran untuk mengesahkan cuti sakit dengan penyakit?” soal Najib

spot_img