Monday, January 25, 2021
Spread the love

‘Saya konsisten – No Anwar No DAP’ kata H2O melompat tak tentu pasal

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Sebagai Ahli Parlimen Barisan Nasional dan ahli UMNO, Hishammuddin berhak bertanya sendiri dengan Presiden UMNO kebenaran surat tersebut dan bukan mengeluarkan kenyataan mengulas kepada surat yang beluh sahih kebenarannya hanyakerana surat tersebut menjadi tular di media sosial. MEMALUKAN!!

Antara kenyataan beliau ‘jika surat yang tular hari ini benar‘ mengambarkan Hishammuddin seorang yang tidak mahu menyiasat sebelum membuat sebarang kenyataan dan seolah-olah sengaja dirancang apabila Khairy Jamaluddin juga membuat kenyataan yang sama.

………………….

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan beliau tidak pernah menyatakan sokongan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi Perdana Menteri.

Beliau berkata, keputusannya itu adalah konsisten, termasuk menolak sebarang penggabungan politik UMNO dengan DAP.

“Seperti yang Presiden UMNO, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi sebut sebelum ini, beliau tidak boleh menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO dan BN untuk menyokong Anwar Ibrahim.

“Tetapi jika surat yang tular hari ini adalah benar, saya tidak pernah dimaklumkan dan ia bukan pendirian saya sebagai ahli UMNO.

“Saya mahu menyatakan dengan jelas, saya tidak sokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Saya konsisten – No Anwar No DAP,” katanya menerusi Facebook beliau, hari ini.

Selain Hishammuddin, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ialah antara pemimpin UMNO yang turut menafikan menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri.

Terdahulu, sepucuk surat menggunakan kepala surat Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), tular dalam media sosial kononnya ditulis oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kandungan surat bertarikh 11 Oktober lalu itu mendakwa Ahli Dewan Rakyat UMNO memberikan sokongan kepada Anwar sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

Bagaimanapun, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan, dalam satu kenyataan, hari ini, menegaskan Pejabat Presiden parti itu tidak pernah mengeluarkan surat untuk menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, dan kandungan ditularkan itu adalah palsu.

Akuan bersumpah Maszlee Malik sokong Anwar pula tersebar?

 

- Advertisement -
- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -