Sanggup pindah kerana percaya khabar angin jangkitan Covid-19

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

ISKANDAR PUTERI: Akibat percaya khabar angin pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Johor dijangkiti Covid-19, kira-kira 15 keluarga Kampung Orang Asli Simpang Arang, Gelang Patah melarikan diri kerana bimbang dijangkiti virus tersebut.

Mereka terdiri daripada 40 penduduk dikatakan sanggup berjalan sejauh lapan kilometer ke satu kawasan hutan di sini selepas dikhabarkan seorang pegawai agama Jakoa positif virus berkenaan.

Namun Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Khas Dewan Undangan Negeri (JPKD) Kota Iskandar, Pandak Ahmad berkata, dakwaan pegawai itu disahkan positif tidak benar setelah ujian pengesanan mendapatinya negatif.

“Kita dimaklumkan terdapat dalam kalangan penduduk ada yang berjalan kaki dan ada juga menaiki bot untuk berpindah ke sini.

“Dipercayai mereka telah berpindah kira-kira empat hari lalu setelah mengetahui khabar angin tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, beliau mengadakan tinjauan ke lokasi tersebut dan didapati penempatan sementara itu hanya beratapkan besi zink dan berlantaikan kayu terletak di tepi muara sungai dalam kawasan hutan Gelang Patah.

Menurut Pandak, satu penerangan lanjut akan diberikan kepada penduduk Orang Asli terlibat agar mereka mendapat penjelasan terperinci berhubung dakwaan tersebut.

“Kita menjelaskan kepada mereka dakwaan pegawai itu positif Covid-19 adalah tidak benar, malah ujian menunjukkan dia negatif. Kita mahu mereka dapat kembali ke rumah asal masing-masing memandangkan keadaan di sini tidak sesuai dijadikan tempat tinggal apatah lagi di sini ada haiwan berbisa,” katanya.

Dalam pada itu, Tok Batin Kampung Orang Asli, Noore Kasi memaklumkan, usaha memujuk penduduk kampung sedang dilakukan agar mereka dapat pulang ke rumah masing-masing segera.

Beliau kesal tindakan tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu sehingga mencetuskan kebimbangan penduduk Orang Asli.

spot_img