Saham AirAsia X dan AirAsia jatuh susulan dakwaan rasuah

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Saham AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd di Bursa Malaysia jatuh dalam dagangan aktif selepas laporan yang mendakwa eksekutif kedua-dua syarikat itu terlibat dalam rasuah.

Pada 10.01 pagi, saham AirAsia Group turun 13 sen atau 9.09 peratus kepada RM1.30 dengan 20.95 juta bertukar tangan manakala AirAsia X jatuh satu sen atau 7.69 peratus kepada 12 sen dengan 18.11 juta saham diniagakan.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam satu kenyataan semalam berkata ia akan meneliti kenyataan fakta dalam kes Regina menentang Airbus SE yang mendedahkan beberapa dakwaan terhadap AirAsia Group Bhd dan AirAsia X Bhd.

AirAsia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu menafikan dakwaan itu dengan menyatakan ia tidak terlibat dalam sebarang penyiasatan oleh UK Serious Fraud Office (SFO) terhadap pengeluar pesawat Eropah, Airbus, ataupun diberikan sebarang peluang untuk menyediakan maklumat atau penjelasan kepada SFO.

Ia merujuk kepada sebuah artikel bertajuk “AirAsia directors/staff got RM240 mil bribe from Airbus, court docs say” dalam beberapa media berkaitan dengan “Deferred Prosecution Agreement” yang dimetreai oleh Airbus SE dan SFO pada 31 Januari, 2020.

Artikel itu mendakwa perjanjian tertentu oleh AirAsia untuk menempah pesawat Airbus yang menyaksikan salah laku berkaitan penajaan sebuah pasukan sukan yang dimiliki bersama oleh eksekutif AirAsia.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah memulakan siasatan terhadap dakwaan ke atas kedua-dua syarikat itu dengan menghubungi pihak berkuasa di United Kingdom. — Bernama

spot_img