Wednesday, April 14, 2021
Spread the love

Realisme Sidang Akhbar SPRM

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Sidang Akhbar SPRM sebentar tadi mendedahkan apa yang dikatakan perbualan Najib Razak dengan beberapa inidividu bagi mempengaruhi siasatan dalam kerajaan.

Tindakan ini sangat menghairankan kerana kebiasaanya pihak berkuasa mahukan rakyat tidak membuat apa-apa persepsi sebelum siasatan selesai dan kesimpulan diserahkan kepada pendakwaraya.

Dalam kes ini tampak SPRM terdesak untuk mempengaruhi rakyat.

Jadi ada dua persoalan besar iaitu:

1. Adakah SPRM Cuba Mempengaruhi Keputusan Mahkamah dalam Kes Najib Razak?

2. Apakah wujud Operasi Haram SPRM Ke Atas Rakyat Negara ini?

Rakyat perlu tahu bahawa apa yang didedahkan oleh Lateefah Koya sebentar tadi belum melalui proses siasatan menentukan apa kesalahan dan apa isu sebenarnya.

Dari sidang akhbar tersebut kita dapati SPRM belum menjalankan apa-apa siasatan secara terperinci kerana banyak keadaan Persuruhjaya SPRM hanya menyatakan beliau mengagak dan merasakan.

Malah Lateefah Koya beberapa kali menyatakan beliau tidak mahu membuat apa-apa tanggapan dan terserah kepada wartawan untuk membuat kesimpulan.

SPRM juga menyatakan mereka akan menyerahkan rakaman perbualan tersebut sebagai bukti untuk siasatan pihak polis.

Jadi mengapa SPRM sebagai sebuah badan penyiasat terburu-buru membuat sidang akhbar?

Lateefah Koya perlu sedar beliau bukan lagi pemimpin politik PKR tetapi ketua sebuah badan penguatkuasa dalam negara ini.

Apabila ada laporan dan bukti, maka SPRM harus menyiasat dan membuat kesimpulan, bukannya mendedahkan bukti yang mungkin di luar konteks sebenar bagi mewujudkan persepsi di kalangan rakyat.

Tampak seperti SPRM dan kerajaan berpendapat mereka akan kalah dalam kes SRC sehingga perlu membuat pendedahan yang subjudice kepada perbicaraan Najib Razak bagi mempengaruhi minda hakim?

Perkara kedua yang lebih membimbangkan apakah SPRM pada masa Najjib Razak sehingga sekarang telah menjalankan rakaman perbualan secara haram?

Rakaman-rakaman suara tersebut tidak mungkin dilakukan oleh seorang individu kerana ia membabitkan perbualan pelbagai pihak.

Ini menimbulkan tanggapan ada operasi haram dilakukan oleh pihak berkuasa negara ini ke atas Perdana Menteri Malaysia.

Jika benar maka penguatkuasa negara ini telah melanggar hak dan kebebasan rakyat secara semberono bagi mengutip maklumat secara haram.

Jika perbualan telefon Perdana Menteri pun boleh dirakam sesuka hati, apa lagi perbualan rakyat Malaysia lain.

Mereka boleh menyalahgunakan pelbagai maklumat untuk kepentingan diri dan entiti tertentu bukan sahaja dalam politik tetapi juga dalam ekonomi, perniagaan dan keselamatan.

Nampaknya perbualan telefon di negara ini sudah tidak selamat dan tidak lagi dilindungi oleh undang-undang.

Satu Suruhanjaya Di Raja perlu ditubuhkan bagi menyiasat operasi haram pihak berkuasa yang mengintip dan merakam perbualan individu tanpa kebenaran Hakim.

* Nampaknya SPRM sudah menjadi Hakim, Pendakwa dan Juri.

– Ab Jalil Backer

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -