Tuesday, April 13, 2021
Spread the love

Ramai pemimpin Melayu PH mula yakin DAP adalah PUNCA masalah kepada PH

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Tan Sri Johan Jaaffar bukanlah sebarangan orang. Beliau adalah orang besar dalam dunia kewartawanan tanah air dan pernah menjadi pengerusi syarikat media utama.

Lebih signifikan lagi, Tan Sri Johan Jaaffar juga adalah bapa kepada Syahredzan Johan, Setiausaha Politik kepada pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Bacalah sendiri kritikan-kritikan keras Tan Sri Johan Jaaffar terhadap DAP seperti yang terkandung dalam tulisan beliau di akhbar Sinchew ini:

1. Ramai pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH mula meyakini bahawa DAP adalah punca masalah PH.

2. Terdapat pemimpin Melayu dalam Kerajaan PH yang percaya bahawa nasib malang menimpa PH adalah kerana DAP.

3. Undian yang menyatakan Menteri-Menteri DAP lebih bagus tidak mencerminkan suara sebenar rakyat.

4. Menteri-Menteri DAP sibuk melayan media tertentu supaya mereka diangkat sebagai Menteri-Menteri yang bagus.

5. Pemimpin-pemimpin DAP masih berkelakuan seperti mereka dalam barisan pembangkang.

6. Cubaan pemimpin-pemimpin DAP untuk menunjukkan ia adalah sebuah parti berbilang kaum adalah cubaan lemah.

7. DAP masih dilihat sebagai sebuah parti Cina dan kepada ramai Melayu DAP masih sebuah parti rasis dan cauvinis Cina.

8. DAP gagal dengan teruknya dalam usahanya untuk mendekati orang-orang Melayu.

9. Sesetengah daripada pemimpin DAP langsung tidak cuba melibatkan diri dengan golongan Melayu.

10. Sesetengah daripada pemimpin DAP membuat kenyataan yang tidak boleh diterima oleh orang-orang Melayu.

11. Pemikiran bahawa DAP melemahkan kepentingan orang-orang Melayu sedang bergerak hebat.

12. BN dan UMNO tidak perlu menggunakan kad perkauman lagi kerana pemimpin-pemimpin DAP sedang menolong mereka melakukannya.

13. Mendekatkan diri dengan golongan Melayu, termasuk dalam menyediakan bajet, bukanlah kekuatan Lim Guan Eng.

14. Gobind Singh Deo bekerja keras untuk menunjukkan kemampuannya, tetapi sedihnya beliau terperangkap dalam kejahilannya.

15. DAP hampir tidak sedar apa yang berlaku di sekeliling mereka.

16. Pemimpin-pemimpin DAP masih terperangkap dalam set minda lama.

17. Hubungan awam sesetengah daripada pemimpin DAP adalah teruk.

18. Pegawai-pegawai pemimpin-pemimpin DAP membentengi bos-bos mereka dalam zon selesa mereka sendiri.

19. Saya tidak tidak terkejut ramai pemimpin Melayu dalam PH menyesali kehadiran DAP dalam pakatan itu.

20. Ramai pemimpin Melayu dalam PH percaya keadaan akan menjadi lebih baik tanpa kehadiran DAP dalam PH.

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah Syahredzan Johan akan memilih untuk mempertahankan bapa beliau, Tan Sri Johan Jaaffar, atau memilih untuk mempertahankan boss beliau, Lim Kit Siang, dan parti beliau, DAP, tatkala bapa beliau mengkritik keras DAP.

Dari akhbar Sin Chew Jit Poh
Terjemahan oleh Kamarul Yusoff

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -