Rakyat Malaysia mulai suka makan sawi, timun, bayam

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Meskipun tomato masih lagi kekal sebagai sayur yang paling tinggi dimakan oleh rakyat negara ini, namun, jumlahnya semakin merosot berbanding tahun sebelumnya.

Sebaliknya, laporan Indikator Pertanian Terpilih 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini mendedahkan bahawa sawi semakin digemari di negara ini.

Turut tidak ketinggalan ialah timun dan bayam yang menyaksikan peningkatan signifikan sepanjang tahun 2019 berbanding rekod pengeluaran yang dicatatkan pada 2018 dan 2017.

Menurut data tersebut, sawi merekodkan 145,427 tan metrik pengeluaran pada tahun lepas daripada hanya 128,742 tan metrik pada 2018 dan 142,764 tan metrik pada 2017 lalu.

Sementara bayam yang sering dikaitkan sebagai makanan ikon kartun Barat popular, Popeye mencatatkan 77,761 tan metrik pada 2019 berbanding 72,308 (2018) dan 71,180 (2017).

Tidak dilupakan ialah timun yang lazim dijadikan snek salad, menyaksikan sepanjang tahun lepas dengan pengeluarannya 103,363 tan metrik daripada 85,134 (2018) dan 88,492 (2017).

Bagaimanapun rakyat Malaysia kekal gemar makan tomato pada tahun lalu dengan 176,544 tan metrik walaupun pengeluarannya jatuh berbanding 199,422 (2018) dan 188,185 (2017).

Dalam pada itu, sayur kobis bulat menyaksikan penurunan pengeluaran agak drastik apabila merekodkan 66,064 tan metrik pada 2019 lepas daripada 80,641 (2018) dan 77,342 (2017).

Manakala terung merosot sedikit permintaannya sepanjang tahun lalu apabila mencatatkan kejatuhan pengeluaran sekadar 39,103 tan metrik berbanding 39,311 (2018) dan 40,418 (2017).

Cili namun memperlihatkan ada permintaan tinggi sedikit apabila pengeluarannya pada tahun lepas naik kepada 27,631 tan metrik daripada hanya 24,428 (2018) dan 27,358 (2017).

spot_img