Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Raja Tuna bayar RM7.3 juta untuk seekor ikan tuna

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

TOKYO – Seorang pengusaha sushi Jepun yang terkenal dengan jolokan Raja Tuna telah membayar sebanyak AS$1.8 juta (RM7.3 juta) untuk seekor tuna gergasi pada lelongan tahun baru di salah sebuah pasar ikan utama di ibu kota negara itu hari ini.

Kiyoshi Kimura yang mempunyai rangkaikan restoran sushi terkenal sanggup mengeluarkan jumlah itu bagi mendapatkan tuna bluefin seberat 276 kilogram (kg).

Difahamkan, ikan tersebut ditangkap di perairan Aomori yang terletak di utara Jepun.

“Ini merupakan (tuna) terbaik dan harganya cukup mahal bukan? Saya mahu pelanggan menikmati makanan yang lazat tahun ini,” katanya.

Sebelum ini Kimura pernah membuat bidaan dengan harga cukup tinggi untuk ikan dalam acara lelongan yang sama.

Tahun lalu, beliau membayar AS$3.1 juta bagi seekor tuna seberat 278kg.

Acara lelongan tersebut merupakan aktiviti tradisional yang dijalankan di sebuah pasar baharu yang dipanggil Toyosu.

Jika sebelum ini ia terkenal di Tsukiji yang menjadi pasar ikan utama sehingga menjadi lokasi tumpuan pelancong kerana restoran dan kedai tetapi ia telah ditutup pada 2018. -AFP

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -