Monday, January 25, 2021
Spread the love

Proton Persona dipandu gila sebelum terbakar

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Kajang: Kereta Proton Persona yang terbakar di Jalan Suakasih Bandar Tun Hussein Onn di sini, pagi tadi, dikesan dipandu gila dengan merempuh dua kenderaan lain sehingga mengakibatkan seorang pemandu wanita cedera ringan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor Superintendan Azman Shari’at berkata, kemalangan jam 10.26 pagi membabitkan kenderaan pacuan empat roda dan dua kereta model Proton Persona dan Perodua Myvi.

Katanya, berdasarkan laporan, pemandu pacuan empat roda berusia 57 tahun itu berada di persimpangan lampu isyarat untuk membelok ke kanan di Jalan Suadamai sebelum dirempuh kereta Proton Persona yang datang dari arah bertentangan.

“Kereta itu kemudian mengundur dan sekali lagi melanggar kenderaan mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Suspek meneruskan perjalanan ke Jalan Suakasih dan ketika melalui persimpangan lampu isyarat, suspek merempuh pula kereta Perodua Myvi dari arah belakang menyebabkan kereta dipandu wanita berusia 39 tahun itu melambung sebelum melanggar tiang elektrik,” katanya tadi.

Beliau berkata, akibat rempuhan itu, kereta suspek terbakar di bahagian enjin manakala kereta mangsa rosak teruk.

Katanya, suspek disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki menumbuk anggota bomba dan mengamuk sebelum berjaya ditahan.

[Video] Apa masalah kau tumbuk abang bomba?

[Video] Apa masalah kau tumbuk abang bomba?

[Video] Lelaki tumbuk abang bomba positif dadah

[Video] Lelaki tumbuk abang bomba positif dadah

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -