Thursday, January 28, 2021
Spread the love

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) hujung bulan ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, kumpulan tersebut disyaki mempunyai dokumen yang sah untuk memasuki negara ini melalui ‘lorong-lorong tikus’.

Tegasnya, polis dan pihak berkuasa lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang mempergiatkan usaha menghalang kemasukan kumpulan tersebut.

“Kita akan halau mereka daripada masuk ke negeri Sabah, kita sudah letak aset-aset di laut dan darat bagi memperkasakan dan meningkatkan rondaan yang sewajarnya kepada pihak-pihak yang cuba masuk ke negeri Sabah.

“Ada kemungkinan besar mereka balik untuk mengundi dan mempunyai dokumen yang sah. Kemungkinan mereka balik ke negeri (asal) mereka dan tiba-tiba pintu sempadan tutup. Ini ruang untuk mereka masuk kembali dan kita bimbang penularan COVID-19,” katanya dalam sidang media perkembangan berhubung Ops Benteng dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah, di sini pada Ahad.

Ditanya mengenai warganegara kumpulan berkenaan, Hazani bagaimanapun enggan mendedahkan perkara tersebut termasuk bilangan mereka.

Mengulas lanjut, beliau berkata, setakat ini sebanyak 96 pos polis dan ATM telah digerakkan di sempadan darat dan laut di Pantai Timur Sabah-Kalimantan.

PRN Sabah ditetapkan pada 26 September ini, dengan dianggarkan 1.12 juta pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab mereka.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -