[Video] #PRKKimanis: Tak ada siapa yang dapat menggantikan Bossku di pentas antarabangsa -Anifah

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

KIMANIS: Bercakap di hadapan pengundi Kimanis pagi ini, bekas Menteri Luar Negara Anifah Aman menceritakan pengalaman beliau ketika bekerja di bawah bekas Perdana Menteri DS Najib Razak.

“Saya di antara Menteri-Menteri yang rapat dengan DS Najib selama 9 tahun bekerjasama.

Saya begitu terharu dan berterima kasih oleh kerana beliau seorang Perdana Menteri yang cukup hebat dipentas antarabangsa.”

“Boleh saya katakan beliau setanding dengan pemimpin-pemimpin negara (hebat) yang lain. Apa saja mesyuarat kalau dipengerusi oleh Barack Obama dulu, dia suruh Najib mulakan dulu ucapan.”

“Saya ada satu kesedihan bahawa setakat ini tidak ada nampak pengganti yang boleh mengambil tempat Bossku.”

“Selama 9 tahun (bekerja) belum pernah (Najib) marah pada saya. Senang saya bekerja kerana dia seorang Perdana Menteri yang cekap. Apa yang sudah kita bincang, apa jua yang sudah kita utarakan semua dia ready (bersedia).” ujar Anifah.

Beliau berterima kasih kepada DS Najib kerana sudi datang ke Kimanis duntuk menyokong dan memberi semangat kepada jentera Barisan Nasional di sana.

Pilihanraya Kecil Kimanis akan berlangsung pada esok hari.

Tun Carlos

spot_img