Sunday, October 25, 2020

#PRKDUNSlim: Jangan rakam, tular gambar kertas undi

TANJUNG MALIM — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan para pengundi pos Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim supaya tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularnya di laman media sosial.

Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata individu yang didapati melakukan perbuatan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman sewajarnya.

SPR telah mengeluarkan sebanyak 78 kertas undi pos bagi PRK DUN Slim, semalam dan daripada jumlah itu 75 untuk petugas pilihan raya dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua untuk pengundi tidak hadir luar negara manakala satu kepada warganegara Malaysia di luar negara.

Beliau berkata proses pengeluaran kertas undi pada pukul 2.30 petang di Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, Slim River turut dihadiri wakil calon Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dan calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftarkan.

“Sebanyak 68 sampul keutamaan diserahkan kepada pihak Pos Malaysia untuk dihantar kepada para pemohon manakala 10 sampul keutamaan diambil oleh Pegawai Yang Bertanggungjawab PDRM untuk diserahkan kepada anggota terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ikmalrudin mengingatkan semua pengundi pos supaya segera mengembalikan borang yang telah lengkap diisi kepada pegawai pengurus PRK DUN Slim sebelum pukul 5 petang pada hari mengundi iaitu 29 Ogos ini.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd Zaidi, Amir Khusyairi dan seorang lagi calon Bebas S. Santharasekaran. — Bernama

Berita berkaitan

PRN Sabah: SPR tetapkan hari mengundi 26 September, penamaan calon 12 September

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16. Pengumuman dibuat oleh...

Penamaan calon #PRKDUNSlim: Calon BN di tentang oleh 2 calon bebas

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim membuka tirainya hari ini, dengan proses penamaan calon berlangsung di...

#PRKDUNSlim: Taklimat Jentera BN

Ketika ini, sedang berlangsung Majlis Taklimat Jentera PRK N.58 Slim di Command Center. Semua jentera Barisan Nasional bersemangat sekali untuk...

PRK Slim: BN calonkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim

TROLAK: Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz, diumumkan sebagai calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) dalam...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...