Sunday, October 25, 2020

Prestasi Bursa Saham Malaysia Pulih, Antara Terbaik Di ASEAN

KUALA LUMPUR – Indeks penanda aras FBM KLCI muncul sebagai indeks berprestasi terbaik di ASEAN bagi separuh pertama tahun ini.

Ia hanya susut sebanyak 5.5% kepada 1,500.97 mata berbanding penurunan sebanyak 19.6% yang dialami oleh FTSE Straits Times dan 15.2% Stock Exchange Thailand dalam tempoh tersebut.

Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, malah FBM KLCI turut mengatasi indeks serantau sepanjang tempoh Covid-19.

Ketika menyampaikan ucapan aluan pada Invest Malaysia 2020 hari ini, Abdul Wahid berkata, indeks penjagaan kesihatan merekodkan keuntungan luar biasa sebanyak 86.9% pada separuh pertama tahun ini selepas pengeluar-pengeluar sarung tangan antarabangsa terus menarik minat para pelabur.

Menurutnya, sektor penjagaan kesihatan mendapat faedah semasa Covid-19 dan kini berada dalam kedudukan kelima dalam kalangan sektor dagangan utama di bursa.

Sektor-sektor lain yang turut mendapat manfaat ialah teknologi, produk pengguna dan perkhidmatan dan tenaga, sekaligus memberi petunjuk bahawa para pelabur menggunakan strategi pandangan hadapan.

“Oleh itu, saya yakin pasaran kewangan kita akan terus menarik pelaburan,” katanya.

Abdul Wahid menambah, pasaran modal Malaysia sudah lama diiktiraf sebagai berpandangan hadapan, diatur dengan baik dan berada pada ranking tinggi dalam perlindungan pelabur.

Pasaran tempatan juga diselaraskan dengan amalan terbaik global dalam tadbir urus korporat yang membawa kepada perlindungan pihak berkepentingan bagi seluruh lapisan sosial, persekitaran dan keuntungan kewangan.

Berita berkaitan

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...