Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan, kata Setiausaha Politik Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Mohd Razlan Muhammad Rafii.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, pembinaan projek tersebut adalah hasil daripada duit rakyat yang dibelanjakan untuk insan-insan memerlukan.
“Alhamdulillah, hari ini saya bersama dengan Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun, Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim bersama pengurus GIATMARA kawasan dan pemimpin-pemimpin setempat bersama dengan kontraktor.
“Hari ini kita buat penyerahan kunci untuk enam buah rumah PPRS yang telah selamat dibina dan siap untuk diduduki. Saya telah melawat enam buah rumah ini, alhamdulilah semuanya sudah siap, lengkap dan ada yang sudah diduduki.
“Kita rasa berbangga sebab kontraktor yang dilantik pun dapat menyiapkan rumah-rumah ini dengan cepat. Paling penting, duit rakyat yang kita belanjakan untuk orang-orang memerlukan ini dapat disalurkan dengan sebaiknya,” katanya ketika ditemui sejurus selepas penyerahan tersebut.
Jelasnya, terdapat lebih 1,800 buah rumah baharu akan dibina pada tahun ini dengan kos sebanyak RM79,000 untuk semenanjung dan RM89,000 bagi Sabah serta Sarawak.
“Rumah yang kita bina pada kali ini berharga RM56,000. Tapi untuk rumah PPRS yang baharu selepas ini kita akan ‘rebrand’ dengan nama Perumahan Rakyat Sejahtera. Harga rumah untuk Perumahan Rakyat Sejahtera ini adalah sebanyak RM79,000 di semenanjung dan RM89,000 di Sabah serta Sarawak.
“Kita jangkakan untuk tahun ini, lebih kurang dalam 1,800 buah rumah akan dibuat dan dibina baharu. Untuk baiki rumah, ia menelan kos sebanyak RM20,000 sebuah rumah.
“Ini semua adalah duit dari rakyat, kita sebarkan di bawah untuk keperluan rakyat setempat yang memerlukan. Saya rasa usaha yang telah dimulakan oleh Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini diharap dapat memberikan kenikmatan dan juga keselesaan kepada semua penerima,” katanya lagi.
Ujarnya, kerajaan telah menyasarkan untuk menjayakan misi sifar miskin dan ia mungkin dapat dicapai sebelum tamat penggal pemerintahan kali ini.
“Permohonan memang banyak. Ada yang memohon melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) yang dilantik oleh kerajaan pusat. Ada juga yang memohon melalui ‘online’ terus kepada KKDW. Ada juga yang diusahakan oleh Ketua-Ketua UMNO Bahagian.
“Rumah-rumah ini kalau kita nak membuat semua memang tidak mampu. Tetapi kerajaan menyasarkan untuk kita sifar miskin. Jadi sebelum habis penggal ini, saya rasa kita boleh capai untuk selesaikan di dalam jadual e-kasih yang ada untuk rakyat miskin ini… yang tidak ada rumah, kita akan bagi rumah. Ini adalah usaha yang untuk kita keluarkan rakyat daripada kemiskinan,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau turut memaklumkan bahawa Negeri Kelantan dan Sabah mempunyai jumlah pemohon yang tertinggi dari negeri-negeri lain untuk projek perumahan tersebut.
“Permohonan tertinggi adalah dari Negeri Kelantan dan Sabah. Kita juga agihkan bajet yang tertinggi kepada mereka. Ini disebabkan pembangunan di Negeri Kelantan ini amat mundur. Jadi, kerajaan pusat terpaksa membantu dengan duit kerajaan pusat untuk membina rumah-rumah ini.
“Ini adalah usaha-usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang memang memerlukan. Kalau kita tengok, miskin bandar dan miskin kampung ini adalah dua perkara yang berbeza. Kalau macam miskin bandar, kita ada rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang kita sewakan dengan harga RM250, RM125.
“Tetapi di kampung ini, selalunya mereka akan ada tanah. Jadi, dengan tanah yang ada daripada keturunan ataupun diwarisi, kita boleh bina rumah dengan harga sedemikian. Jadi, kita minta agar kerajaan negeri tak kira sesiapa yang memerintah agar memudahkan rakyat untuk mendapatkan tanah supaya kita boleh tolong untuk bina rumah,” katanya lagi.
Turut hadir ke program lawatan dan penyerahan kunci tersebut adalah Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun, Ahli Lembaga Pengarah GIATMARA, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim dan Pengarah GIATMARA Negeri Kedah, Zubir Yahaya.
Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) golongan miskin Malaysia
Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) adalah inisiatif kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk membantu golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah memiliki kediaman yang selamat dan selesa. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai program ini:
1. Objektif PPRS
-
Mengurangkan kadar kemiskinan luar bandar dengan menyediakan bantuan perumahan asas.
-
Memastikan golongan sasar hidup dalam persekitaran yang selamat dan bermaruah 138.
2. Kriteria Kelayakan
Pemohon mesti memenuhi syarat berikut:
-
Status ekonomi:
-
Pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 (miskin tegar) atau RM2,208 (miskin) berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 13.
-
Berdaftar dalam sistem e-Kasih atau disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan (peringkat daerah/negeri) 18.
-
-
Keperluan perumahan:
-
Bina Baharu: Tidak memiliki rumah, rumah terlalu uzur/tidak selamat, atau tanah milik sendiri/sebahagian (dengan kebenaran bertulis) 13.
-
Baik Pulih: Rumah sedia ada yang rosak tetapi masih boleh dibaiki (contoh: bumbung bocor, dinding rapuh) 13.
-
-
Lokasi: Kawasan luar bandar 36.
3. Jenis Bantuan dan Skop
PPRS menawarkan dua jenis bantuan utama:
-
Bina Baharu
-
Membina rumah baharu dengan spesifikasi standard (3 bilik, 680 kps).
-
Kadar bantuan: RM79,000 (Semenanjung Malaysia) atau RM85,000 (Sabah/Sarawak/Labuan) 3.
-
Syarat: Pemilikan tanah penuh atau kebenaran menggunakan tanah (contoh: tanah keluarga, kerajaan, atau wakaf) 13.
-
-
Baik Pulih
-
Membaiki komponen asas rumah (bumbung, lantai, sistem elektrik, dll.).
-
Kadar bantuan: RM20,000 di semua kawasan 3.
-
Syarat: Rumah masih kukuh struktur asasnya 13.
-
4. Keutamaan Penerima
Bantuan diutamakan untuk:
-
Warga emas, OKU, ibu/bapa tunggal, dan mangsa bencana kecil 13.
-
Negeri/daerah dengan kadar kemiskinan tegar tinggi 18.
5. Dokumen dan Proses Permohonan
-
Dokumen diperlukan:
-
Salinan kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga.
-
Dokumen pemilikan tanah atau borang kebenaran menggunakan tanah.
-
Gambar rumah sedia ada (untuk baik pulih) 36.
-
-
Cara memohon:
-
Daftar dalam sistem e-Kasih melalui pejabat daerah 8.
-
Hantar permohonan secara atas talian di portal KKDW dengan dokumen lengkap 36.
-
Permohonan dinilai oleh agensi berkaitan (contoh: Pejabat Daerah, JKM) 23.
-
6. Peruntukan dan Pelaksanaan
-
Pada 2024, KKDW memperuntukkan RM460.4 juta untuk membina 3,000 unit PPRS baharu dan membaik pulih 12,600 unit sedia ada 8.
-
Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) turut menyasarkan pembinaan lebih banyak unit PPRS 8.
7. Contoh Kejayaan
Di Pahang, 40 keluarga miskin tegar telah dikenal pasti sebagai penerima PPRS pada 2025, dengan fokus kepada daerah seperti Tanjung Lumpur dan Beserah 5.
Rujukan Penting
Untuk maklumat lanjut, pemohon boleh menghubungi Pejabat Daerah atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdekat.