Sunday, October 25, 2020

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS.

Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah pilihan terbaik untuk PPBM kerana penyatuan itu akan mewujudkan kestabilan politik negara.

“Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM bersetuju menyertai Muafakat Nasional yang mendokong Perikatan Nasional sebagai gabungan besar atau ‘the grand coalition’.

“Kita memilih untuk berada dalam satu jemaah besar yang menghimpunkan parti-parti utama di negara kita.

“Dengan terbentuknya penyatuan antara PPBM, Umno, PAS dan parti-parti lain dalam kerajaan Perikatan Nasional, sebahagian besar sokongan rakyat sudah berada di pihak kita,” katanya dalam klip video itu.

Perdana menteri berkata, beliau tidak mengkhianati perjuangan PPBM dan tiada sebab untuknya mengkhianati parti yang ditubuhkannya bersama beberapa pengasas lain, termasuk Dr Mahathir Mohamad.

“Dahulu Mahathir bersama-sama dengan kita. Saya tidak boleh nafikan sejarah sumbangan Mahathir kepada parti kita. Saya hormat beliau sebagai bekas pemimpin parti. Orang-orang yang dekat dengan saya pasti tahu betapa hormatnya saya kepada Mahathir.

“Saya dan kita semua pastinya berasa sedih kerana beliau tidak lagi bersama-sama kita. Tidak mengapalah. Beliau memilih haluannya sendiri. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.”

Bagi Muhyiddin, apa yang lebih penting ialah perjuangan PPBM mesti diteruskan kerana pemimpin parti datang dan pergi, tetapi wadah perjuangan parti perlu dipertahankan.

“Kita mesti jalan terus. Jangan kita berpaling ke belakang. Teruslah mara ke hadapan. Apa yang ada di hadapan kita mesti kita hadapi dengan tabah.”

BACA JUGA:
Bersatu Sertai MN Secara Rasmi Bulan Depan?

Berita berkaitan

UMNO, PPBM, PAS sudah berunding

Pemimpin UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAS sudah memulakan rundingan mencari penyelesaian, berhubung kerjasama tiga parti itu. Setiausaha...

Rupanya Ku Li telah hantar usul undi tak percaya terhadap Muhyiddin

Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah telah menghantar usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin...

Perang Covid-19 dengan #kitajagakita, bukan pakai rotan, kata doktor pakar

Cara untuk menang dalam peperangan mengekang pandemik Covid-19 adalah dengan menjaga satu sama lain dan bukannya menggunakan rotan, kata...

Perkukuhkan BN, Jangan Terikut Taktik Tidak Sihat Pihak Tertentu – Aziz Kaprawi

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi menyeru semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) memperkukuhkan...

Berita Terkini

Tangani Krisis Tanpa Membelakangkan Perlembangaan Dan Demokrasi – Mohamad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihati kerajaan Perikatan Nasional (PN) menangani krisis yang dihadapi negara dengan mempertahankan...

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...