Sunday, April 11, 2021
Spread the love

Polis buru suspek baling parang panjang ke kereta peguam

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat insiden kereta milik seorang peguam yang dibaling dengan sebilah parang panjang pada hari ini.

Perbuatan itu dipercayai dilakukan oleh seorang individu yang tidak dikenali di kawasan tempat letak kereta yang dikhaskan untuk peguam di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 7.55 pagi semasa mangsa berada di dalam kereta.

“Sewaktu kejadian peguam terbabit sedang mengambil barang dari bonet keretanya sebelum terdengar bunyi hentaman yang kuat pada keretanya.

“Pengadu kemudian melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila menemui sebilah parang di atas cermin bahagian belakang kereta dia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shanmugamoorthy, siasatan awal polis mendapati pengadu telah melihat sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah ditunggangi seorang suspek lelaki.

Menurutnya, suspek dilihat meninggalkan lokasi sambil merenung ke arah mangsa sebelum menendang seorang lagi peguam lelaki yang sedang berjalan menuju ke mahkamah di lokasi sama tidak jauh dari keretanya.

“Tiada sebarang Kamera Litar Tertutup di lokasi kejadian.

“Polis sedang membuka kertas siasatan dan berusaha mengenalpasti suspek dengan insiden berkenaan disebabkan tiada CCTV di lokasi kejadian.

“Kes di siasat di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -