PKPB di KL, Selangor, Sabah dilanjutkan hingga 31 Disember

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Dis ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua kawasan berkenaan.

Pelaksanaan PKPB di tiga wilayah berkenaan sebelum ini dijadualkan tamat pada 20 Dis.

Ismail Sabri berkata di Selangor, kerajaan setuju melanjutkan PKPB di seluruh negeri itu kecuali di Sabak Bernam, Hulu selangor dan Kuala Selangor yang kembali diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Di negeri-negeri lain, PKPB turut dilanjutkan melibatkan Mukim 12 Barat Daya dan Mukim 13 Timur Laut di Pulau Pinang; Ipoh dan Chemor (Perak); Seremban dan Port Dickson (Negeri Sembilan) serta Johor Bahru, Batu Pahat dan Kulai (Johor).

Bercakap pada sidang media perkembangan PKPP di sini hari ini, Ismai Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata kerajaan atas nasihat KKM turut membuat keputusan menamatkan PKPB di beberapa lokaliti pada 20 Dis ini berdasarkan, antara lain pengurangan kes di kawasan terbabit.

Ini katanya termasuk daerah Kulim melibatkan mukim Kulim, Lunas dan Sungai Seluang di Kedah; mukim Kubang Kerian dan Kusial (Kelantan) dan Kota Tinggi (Johor).

Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD), Ismail Sabri berkata kerajaan memutuskan untuk melanjutkan perintah berkenaan di beberapa lokaliti sehingga 31 Dis termasuk flat-flat di Persiaran Paya Terubong Relau dan Flat Desa Bistari Blok A dan B, Batu Uban, Georgetown di Pulau Pinang.

Turut dilanjutkan, Depoh Tahanan Imigresen Langkap berserta kuarters di Hilir Perak, Perak dan Penjara Seremban berserta kuarters di Negeri Sembilan.

Ismail Sabri berkata kerajaan turut bersetuju untuk melaksanakan PKPD di Penjara Kluang berserta kuarters mulai esok hingga 31 Dis selepas KKM menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan kes positif dalam kalangan tahanan dan kakitangan.

“Pelaksanaan ini akan melibatkan 3,777 orang terdiri daripada 3,224 tahanan dan 553 kakitangan penjara. Prosedur operasi standard PKPD sama seperti di kawasan penjara lain (yang dikenakan PKPD) iaitu antaranya tak ada pergerakan keluar masuk dan keluarga tidak boleh melawat,” katanya.

Sementara itu, katanya kerajaan turut putuskan untuk menamatkan PKPD ke atas Madrasah Ad-Diniah Al Falahiah di Pasir Puteh (Kelantan) Sabtu ini seperti mana dijadualkan susulan tiada kes aktif baharu dikesan selepas kali terakhir pada 10 Dis lepas.

PKPD yang dikenakan ke atas beberapa taman perumahan di mukim Sungai Seluang, Kedah dan asrama pekerja kilang Yamaha di Perak yang dijadualkan tamat pada 24 Dis ini turut ditamatkan lebih awal pada Sabtu ini selepas tiada kes baharu dicatatkan, katanya. — Bernama

spot_img