Sunday, October 25, 2020

PKP: SOP solat tarawih akan diputuskan

Kerajaan akan membuat keputusan berhubung kebenaran pelaksanaan solat tarawih di masjid sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) keempat dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu seperti penjarakan satu meter, melalui perbincangan esok.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata SOP berhubung amalan ibadah seperti solat tarawih dan solat Jumaat akan dibincangkan melalui mesyuarat Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP.

“Menteri berkaitan agama akan terbabit dalam mesyuarat ini. Banyak SOP akan dibincang kerana ramai orang bertanya tak boleh ke solat tarawih berdasarkan SOP, duduk satu meter di masjid dan sebagainya dan pelbagai soalan lagi.

“Kita minta menteri berkaitan agama tampil dengan SOP dalam menentukan apakah solat Jumaat dan tarawih dibenarkan dengan penjarakan satu meter,” katanya melalui sidang media selepas mengadakan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP, di Putrajaya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kerajaan sememangnya memberi beberapa kelonggaran dalam fasa keempat PKP namun ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga memperhalusi cadangan SOP pembayaran zakat bagi warga emas yang tidak tahu menggunakan kaedah dalam talian melalui mesyuarat sama

Berita berkaitan

Covid-19: Gagal kuarantin wajib, Mohd Khairuddin dipanggil ke Bukit Aman

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali diminta hadir di Ibu Pejabat Polis di Bukit Aman...

Hina anggota polis tidak solat, Asri Janggut ke Bukit Aman

Pengasas Hot Burger Malaysia Mohd Asri Hamid atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang membuat kenyataan menghina pasukan polis, dilihat...

Video: Kebanyakan Polis Tidak Berakhlak – Asri Janggut

Pengasas rangkaian Hot Burger, Mohd Asri Hamid mengkritik sebahagian anggota polis yang disifatkannya sebagai tidak menjaga akhlak dengan baik. Dalam...

Bekalan Elektrik Percuma Tiga Bulan Untuk 4 Juta Pengguna Domestik

Seramai empat juta pengguna domestik dengan bil RM77 ke bawah, atau penggunaan bawah 300kWj sebulan, bakal menerima bekalan elektrik...

Berita Terkini

Malaysia not the first country to declare state of emergency over Covid-19

Malaysia will not be the first country to declare a state of emergency over the Covid-19 pandemic, with almost...

Covid-19: Lapan kluster baharu dikesan, jumlah keseluruhan 96

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan lapan lagi kluster baharu, menjadikan kluster aktif Covid-19 di negara ini kini berjumlah 96. Ketua Pengarah...

49 lagi pekerja Proton sah dijangkiti Covid-19

Selepas lima hari seorang pekerjanya diumum positif Covid-19, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memaklumkan sebanyak 49 lagi kes...
00:00:17

[Video] Covid-19: Sembur cecair tak berkesan, doktor minta henti operasi sanitasi bandar

Operasi sanitasi bandar dengan menyembur cecair pembasmi kuman tidak berkesan menghapuskan virus Covid-19, kata seorang pengamal perubatan. Dr Amar Singh...