Monday, April 12, 2021
Spread the love

Petisyen gesa halang warga China masuk ke Malaysia dilancar

Must Read

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...

Rangkaian data ATM digodam, kata panglima angkatan tentera

Serangan siber berlaku terhadap rangkaian data milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima Angkatan Tentera Jeneral Affendi Buang. “Insiden itu...

BN terbuka terima parti lain, kata Tok Mat Hasan

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Mohamad Hasan berkata tidak ada salahnya BN menerima parti-parti lain yang berhajat menyertai gabungan...
Spread the love

Satu petisyen dimulakan di change.org bagi mendesak Putrajaya menyekat warga China daripada memasuki Malaysia berikutan penularan wabak koronavirus yang mengorbankan 56 orang di negara itu setakat ini. [https://www.change.org/p/goverment-of-malaysia-banned-people-s-republic-of-china-citizen-from-entering-malaysia]

Petisyen itu yang dimulakan semalam oleh individu bernama Muhammad Zaid Yusran Mohd Zaid memperoleh lebih 190,000 tandatangan setakat pukul 11.50 pagi ini.

Petisyen itu menggesa kerajaan mengutamakan kesihatan rakyat Malaysia.

“Jangan tunggu sehingga ada kematian dalam kalangan rakyat Malaysia dan setelah itu barulah kerajaan mahu mengambil langkah pencegahan,” kata petisyen tersebut.

Malam tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes ke-4 jangkitan virus menyerupai SARS itu di negara ini.

Kesemua 4 mangsa adalah warga China dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Sehingga kini lebih 1,400 orang disahkan dijangkiti virus berkenaan dan kebanyakannya di China.

Semalam, pihak berkuasa Filipina dilaporkan menghantar pulang kira-kira 500 pelancong dari Wuhan berikutan kebimbangan berhubung virus tersebut.

Penasihat media dan komunikasi Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, A Kdir Jasin juga menggesa kerajaan mengambil langkah sama.

“Tiada pelawat dari tanah besar (China) sehingga penyakit ini terkawal. China perlu menanggung akibat tabiat makannya yang pelik,” katanya di Facebook.

Mahathir bagaimanapun berkata semalam, kerajaan tidak merancang untuk menghalang kemasukan pelancong dari China walaupun mereka akan diperiksa rapi apabila tiba ke negara ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Anwar Ibrahim desak Zeti beri penjelasan terima wang 1MDB luar pesisir

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menuntut bekas gabenor Bank Negara tampil memberi penjelasan terhadap dakwaan bahawa ahli keluarganya menerima wang...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -