Pertemuan Anwar tiada kena mengena dengan sokongan Ahli Parlimen

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pagi tadi, semua pihak masih menantikan apakah intipati sebenar pertemuan itu.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin agenda pertemuan tersebut adalah sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memaklumkan beliau adalah Ketua Pembangkang yang tertangguh sebelum ini.

Pertemuan tersebut menurut Ahmad Fadil tiada kena mengena untuk mempersembahkan jumlah sokongan yang diterima oleh Presiden PKR itu.

“Tetapi jika beliau ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!

Jelas Ahmad Fadil berkata, walaupun Anwar mempersembahkan sokongan yang diterimanya kepada Yang di-Pertuan Agong, perkara itu masih perlu dirujuk kepada Perdana Menteri dan Dewan Rakyat sebagai platform yang utama.

Ahli Parlimen Port Dickson tiba di Istana Negara pada jam 10.25 pagi dan meninggalkan istana sejam kemudian.

Anwar hanya tersenyum ketika dikerumuni pihak media sebaik sahaja kenderaan Jaguar yang membawa beliau keluar meninggalkan istana.

Beliau dijangka mengadakan sidang media pada jam 2 petang ini.

 

spot_img