Persoal kuasa Agong: WIBAWA lapor polis terhadap UMNY

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Kelab Mahasiswa BERJASA (WIBAWA) membuat laporan polis berhubung kenyataan University of Malaya Association of New Youth (UMANY) yang mempersoal campur tangan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam urusan pentadbiran negara.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil WIBAWA, Muntasir Aznan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada Jumaat lalu.

Dalam satu kenyataan, Muntasir mendakwa, UMANY telah menghina dan merendahkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen Malaysia berkaitan keputusan Baginda menolak pengisytiharan darurat pada 25 Oktober 2020.

Katanya, kenyataan UMANY terdapat unsur hasutan, fitnah selain memberi fakta salah kepada masyarakat.

“… ia bagi menentang kedudukan Seri Paduka Baginda atas kuasa Baginda bagi menentukan kestabilan politik dan ketenteraman negara.

“Justeru, kami mohon pihak polis menjalankan siasatan terhadap UMANY dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan keharmonian seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, UMANY mendakwa, Malaysia telah meneruskan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sejak penubuhannya.

Kata pertubuhan itu, di bawah sistem ini, walaupun Malaysia mengekalkan sistem monarki, raja hanya mempunyai status simbolik yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Artikel 40, perenggan 1A Perlembagaan, Ketua Tertinggi Persekutuan harus bertindak sesuai dengan nasihat yang dibuat oleh Kabinet.

Sama ada melantik Ketua Hakim, duta diplomatik bahkan meluluskan berbagai undang-undang di Parlimen, raja tidak mempunyai wewenang, kata UMANY.

Pertubuhan itu menyatakan pendiriannya iaitu YDPA tidak boleh mencampuri urusan negara tetapi perlu sentiasa menjaga sikap berkecuali dan memainkan peranannya dalam kerangka yang dibenarkan oleh Perlembagaan.

Bagaimanapun, hantaran UMANY di Facebook telah dipadamkan.

spot_img