Perkukuhkan BN, Jangan Terikut Taktik Tidak Sihat Pihak Tertentu – Aziz Kaprawi

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Bekas Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Aziz Kaprawi menyeru semua pemimpin dan ahli UMNO serta Barisan Nasional (BN) memperkukuhkan parti dalam menghadapi cabaran politik tanah air ketika ini.

Menurutnya, Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang baru berakhir tempohari perlu dijadikan pengajaran untuk UMNO dan BN bersedia menghadapi segala kemungkinan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ketika ini, parti-parti gabungan yang membentuk kerajaan persekutuan iaitu PPBM, Barisan Nasional, PAS dan GPS sedang berbincang bagi menentukan pembahagian kerusi untuk dipertandingkan pada PRU Ke-15.

“Saya difahamkan bahawa terdapat usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan kelebihan semasa proses perbincangan ini dengan pelbagai taktik yang ‘tidak sihat’.

“Antaranya adalah dengan mewujudkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli UMNO dan Barisan Nasional terutamanya di kalangan ahli parlimen sendiri terhadap YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO,” ujarnya.

Beliau menyeru pemimpin dan ahli bersolidariti memperkukuhkan parti dan Presiden dalam memastikan UMNO dan BN tidak menjadi mangsa buli semasa perbincangan antara parti sedang berlangsung.

“Seharusnya setiap ahli terutamanya pemimpin parti harus bersolidariti bersama beliau dengan tujuan untuk memperkukuhkan kedudukannya selaku Pengerusi BN dengan tujuan untuk memperkukuhkan BN dan memberi kelebihan semasa proses perbincangan pembahagian kerusi.

“Saya perhatikan terdapat segelintir pemimpin parti yang membawa naratif dan nada yang berlainan dengan beliau.

“Malah ada juga yang mengambil kesempatan ini untuk cuba menjatuhkan beliau. Perkara ini harus dihentikan segera,” katanya.

Ujarnya lagi, tidak wajar bagi pemimpin tertentu membelakangkan kepentingan parti hanya kerana mahu melindungi jawatan yang diperoleh melalui kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN), kerana keutamaan harus diberi kepada parti dan seterusnya kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

“Taktik ‘tidak sihat’ yang saya nyatakan di atas berhasil kerana sesama kita sendiri tidak berdiri teguh bersama kepimpinan tertinggi parti.

“Sedarlah bahawa Pengerusi BN dan institusi adalah satu dan sekiranya beliau tidak diperkukuhkan melalui sokongan kita sendiri maka institusi tidak akan kukuh dan mudah untuk dibuli oleh parti-parti lain.

“Pihak luar sedar bahawa setiap ahli dan pemimpin Barisan Nasional berdiri teguh dan sepakat bersama YB Datuk Seri Pengerusi, maka Barisan Nasional akan memperoleh kelebihan dalam perbincangan mendapatkan kerusi dengan seadilnya,” tegasnya.

spot_img