Peragut dapat balasan segera

Berkaitan

Mimbar masjid berusia lebih 100 tahun di Kampung Kepayang

GOPENG — Mimbar berusia lebih 100 tahun dipercayai dihasilkan...

Bandar tiada dalam peta

Osaka: Disebabkan kemiskinan melampau, bandar Kamagasaki di Osaka, Jepun...

Mula tampak senyum di bibir

Ada yang minta pandangan saya tentang UMNO sekarang. Tanya...
00:01:06

[Video] 73 rumah atas air di Pulau Gaya musnah

KOTA KINABALU: Sebanyak 73 rumah atas air musnah dalam...

Lelaki 57 tahun ditahan berhubung kes bunuh petugas wanita IKRAM

Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan bagi membantu siasatan...

Serdang: Seorang lelaki ditahan apabila motosikalnya terbabas ke dalam longkang selepas meragut telefon bimbit seorang pelajar perempuan di Jalan Sekolah, Seri Kembangan, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Razali Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5.30 petang.

“Ketika kejadian, mangsa berusia 17 tahun dikatakan berjalan sambil berbual di telefon sebelum dihampiri suspek menunggang motosikal dari arah belakang.

“Suspek berusia 34 tahun itu meragut telefon pelajar terbabit menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong menyebabkan suspek panik dan terus memecut motosikalnya.

“Tindakan itu menyebabkan motosikal ditunggang suspek hilang kawalan dan terjatuh ke dalam longkang tidak jauh dari lokasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razali berkata, suspek kemudian ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, suspek kini dirawat di Hospital Serdang kerana mengalami patah kaki serta pendarahan di bahagian kepala.

“Pemeriksaan terhadap suspek menemui beberapa telefon bimbit disyaki dicuri dan beberapa peket dadah dalam milikan lelaki berkenaan.

“Semakan mendapati suspek berkenaan mempunyai empat rekod jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

spot_img